Thursday, April 11, 2013

Tun Dr Mahathir Jadilah Pendamai



TUN DR MAHATHIR TIDAKKAH BOLEH JADI PENDAMAI SEPERTI JIMMY CARTER



JIMMY CARTER  selepas tempoh kepresidenan  diakui sebagai seorang pendamai yang diterima oleh pihak  kawan dan lawan di seluruh dunia. Beliau terkenal dengan sikap tidak berpihak  dan dialu-alukan  oleh semua.
Mengapa ? Kerana peranannya yang adil , telus dan  terbuka. Disenangi oleh  pihak-pihak yang bertelingkah. Jimmy Cater berjaya mengangkat dirinya  menjadi  pendamai dan pengadil  yang dihormati di peringkat global.
Itulah sumbangan terbesarnya memberi imej baik untuk  AS yang terkenal ganas sebagai polis dunia. Sisi buruk diimbangi dengan  sisi baik sebagai pendamai dunia yang bergolak yang juga dicetuskan oleh Amerika. Carter berjaya ,presiden AS yang disinonimkan dengan misi damai sedunia.
Berjaya menangani masalah   di negara-negara yang  bergolak seperti Somalia, Palestin , Nepal dan Indonesia. Mengapa ? Ia membawa mesej demokrasi iaitu keadilan untuk semua menerusi  pemilihan yang bebas dan piawai.
Sesungguhnya Mamanda Mahathir juga boleh meningkat ke darjat begitu.Tidak terlalu terkurung di bumi Malaysia untuk campur tangan secara aktif dan sengit dalam politik kepartian dan siasah  dalaman  negara dan parti tertentu secara serius.  Sepatutnya itu telah lama ditinggalkan oleh negarawan terhormat  seperti Tun Mahathir.
Beliau telah pun menggenggam kuasa  selama 5 penggal, selama 22 tahun menjadi orang NO 1. Apa yang diingini lagi dan rasa tidak puas hati  setelah menjadi  PM yang paling lama berkuasa ini. 

Apabila Tunku Abdul Rahman campur tangan dalam isu UMNO Baru kerana sayangkan  UMNO lama yang jadi mangsa , beliau dituduh nyanyuk dan gila kuasa.Tunku pun masih boleh menerimanya dengan tenang dan akur dengan perubahan yang melampaui zamannya.
Tergamak kebiadaban  yang sebegitu dijatuhkan kepada bapa kemerdekaan kita yang masih waras dan berfirasat  mendalam tentang apa akan jadi pada masa depan negara. Falsafah politik Tunku kuasa tidak boleh diguna untuk membuat kekayaan. Lihatlah apa terjadi kini.

Politik dengan kekayaan jadi seiring .Mana pergi perjuangan asal  untuk agama , bangsa dan negara.Ia hanya retorika dan alat semata-mata untuk menunjukkan kononnya perjuangan yang asal masih dipelihara.
Dr Mahathir telah memegang jawatan secara langsung dengan kejap dan mutlak  untuk mencorakkan negara Malaysia semahunya. Ada yang kamil dan cemerlang  dan ada yang sebaliknya. Dalam tempoh tersebut 3 TPM berhenti, letak jawatan dan dipecat. Rekodnya tidakkah baik 100 peratus atau buruk 100 peratus. Boleh diterima seimbang dan baik.
Pun begitu Tun Mahathir sangat istimewa dan terbilang. Mengapa ? Ia dapat menangani masalah dan konflik  yang besar dengan bersendirian meski pun menghadapi serangan  daripada banyak penjuru, dari dalam parti dan luar parti .Lebih dahsyat dari  luar negara. Ia beres buat Dr M ! Beliau keluar daripada masalah dengan kemenangan gemilang.
Kini Tun Mahathir boleh menilai implikasi dasar-dasarnya dan kesan jangka panjang polisi penswastaan ke atas Malaysia  berdasarkan  muhasabah dirinya dan daripada kaca mata orang lain termasuk pengkritik beliau seperrti tokoh ekonomi seperti Prof Jomo dan Prof Ungku Aziz.
Sepatutnya bila orang lain jadi PM beliau tidak boleh campur tangan apa lagi mengkritik kerana beliau telah berhenti daripada politik.Beliau  harus menghormati dasar-dasar pengganti beliau. Kelibat dan bayang-bayang pun tidak perlu ditayangkan untuk  mengganggu tugas apa lagi campur tangan secara keterlaluan.
Tun mahathir boleh berperanan menjadi pendamai.Orang tua yang menasihati bukannya berkonfrontasi secara keras untuk menolak dan menaikkan orang tertentu. Ia masih  boleh menggunakan platform yang lebih besar  seperti  OIC dan  UN  untuk melihat demokrasi dan keadilan yang standad berlaku di negara-negara umat Islam atau di negara -negara dunia ketiga.
Ia dalam usia kematangan wajar menjadi  tokoh terbilang  mewakili dunia Islam. Tokoh yang memperjuangkan kedilan dunia Islam yang dinjak-injak oleh Barat dan AS yang kini menjadi kuasa tunggal “UNIPOLAR”. Beliau adalah tokoh berwibawa yang berupaya mendobrak kebobrokan AS tentang hak asasi manusia. Tepat beliau  menjadi penasihat ekonomi dunia Islam menerusi berbagai gagasan yang diperjuangkannya.
Contohnya mewujudkan idea dinar Islam diseluruh dunia dengan Malaysia menjadi penggeraknya. Mengasaskan  sistem perbankan Islam yang halal berbeza daripada sistem  riba barat. Menubuhkan  universiti Islam bertaraf dunia dalam semua bidang strategik. Menganjurkan  forum Islam yang terbuka dengan menggunakan OIC.Mengajar cendekiawan Islam cara berfikir strategik sepantas  beliau yang mampu menghadapi kebejatan barat.
Beliau tidak perlu berkonfrontasi dengan Anwar Ibrahim anak didikan beliau. DSAI dibandingkan pemimpin-pemimpin lain telah pun  diktiraf dunia Islam sebagai  pemimpin yang  punyai wibawa dan karima. Rasanya rakyat Malaysia sudah matang untuk memilih pemimpin dan parti terbaik setelah 56 tahun merdeka dan 13 kali menghadapi  PRU.
Demokrasi ialah pilihan terbuka tanpa perlu ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa   jangan memilih parti pembangkang kelak akan berlaku huru-hara. Rakyat Malaysia sudah dewasa dan sepatutnya dibiarkan untuk memilih yang terbaik setelah membanding beza berdasarkan rekod baik buruk yang berlaku di sepanjang sejarah pemerintahan.
Rakyat  mengubah parti bukan kerana buruk tetapi kerana telah lama berkuasa. Kuasa mutlak mendorong penyalahgunaan kuasa secara rakus dan leluasa. Itu yang ditakuti berlaku dan telah menjadi realiti di bumi Malaysia dalam tempoh pemerintahan dengan berbagai skandal dan penyelewengan yang keterlaluan.
Dr Mahathir berehatlah dan jadi orang tua yang baik yang dihormati bukannya dibenci. Namun jasanya yang cemerlang yang mengubah landskap negara amat terpuji. Sesungguhnya beliau manusia istimewa yang pelik untuk dianalisis kerana sarat dengan keanihan “kontradiksi” . 

Adakah beliau ini, negarawan, reformis atau atau apa? Politikus sejati sepanjang masa. Darah dagingnya adalah politik kepartian secara totok  tanpa melepasi garis sempadan tersebut !

NAMA MALAYSIA DAN PROJEK MALAYSIA

 1. SEWAKTU HENDAK MENCAPAI KEMEREDEKAAN NAMA KEDAH ADALAH DIANTARA NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN UNTUK NAMA NEGARA KITA. BETUL KAH?

2. SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA

 

 

 

Thursday, February 14, 2013





What is historical reality?


"Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased.If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change"., The Jakarta Post, July 2005.
 

Renungan

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

(Qur'an: Al-Baqarah, 188)
 
Aku lah wangsa yang bermaksud Harimau, hari ini aku dikenali sebagai Melayu dari rumpun Siam Islam..waris aku berasal dari Yunan. Sedarlah bangsa aku bahawa Melayu dahulunya bukanlah bangsa yang lemah dan malas. Sedarlah bahawa dalam bahasa Siam yang masih dipertuturkan di Kedah (bukan bahasa Thai) Merong itu bermaksud Naga Laut, Maha itu pembesar dan wangsa itu, bangsa harimau (puak tentera). Ini jelas merujuk kepada simbol naga Maharaja China Dinasti Tang ketika itu iaitu Sai Tee Sung. Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi lalu menghantar cucunya, Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan islam di Nusantara. Maka islam lah kita hari ini dari tarikh itu, lebih bertamaddunlah kita orang-orang Yunan yang di gelar 'fei' oleh Maharaja China di nusantara ini.Hari ini kita bukan lagi 'fei', tapi Melayu.



MENGKAJI CORAK BERPOLITIK TUN DR MAHATHIR APA MANTIK YANG DIGUNA PAKAI ?

SAKSIKAN TEKS TEMU RAMAH ANTARA TUN DR MAHATHIR DENGAN AHMAD TALIB





TUN DR MAHATHIR TERKENAL DENGAN CORAK MANTIK YANG MEMANGSAKAN KEADAAN. IA BIJAK  MENYALAHKAN PIHAK PEMBANGKANG SEBAGAI PUNCA KETIDAKSTABILAN NEGARA. BAGI BELIAU TIDAK ADA APA PUN YANG BAIK DARIPADA PIHAK PARTI LAWAN.

ITU ISTILAH YANG BELIAU GUNAKAN UNTUK MENDORONG RAKYAT  MENANAM KEBENCIAN.BELIAU MEMBODOHKAN RAKYAT BAHAWA PEMBANGKANG TIDAK TAHU BERPOLITIK YANG SEHAT, MEREKA CETEK PENGALAMAN DAN TIDAK ADA TANGGUNG JAWAP SAMA SEKALI.MEREKA HANYA MEMBURU KUASA. IA BENAR. MEREKA MEMBURU KUASA SECARA BERPERLEMBAGAAN . APA SALAHNYA ? MEREKA MENURUT LUNAS-LUNAS DEMOKRASI YANG DIBENARKAN DALAM UNDANG-UNDANG.

TIDAK ADA APA YANG SALAH.SAMA SEPERTI PIHAK BERKUASA YANG MEMPERTAHANKAN KUASA SECARA RAKUS DENGAN MEMPERALATKAN MEDIA ARUS PERDANA SEBAGAI MILIK PARTI  DENGAN MUTLAK WALAU PUN SESUDAH PARLIMEN BUBAR. 

CORAK BERPOLITIK YANG SONGSANG  SEBEGINI TIDAK MELAYAKKAN BELIAU DIGELAR NEGARAWAN.LANGSUNG TIDAK ADA KETERBUKAAN UNTUK MENGAKUI KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ORANG LAIN DALAM SEBUAH NEGARA YANG DEMOKRATIK. 


PEMILIHAN DAN PERTUKARAN PARTI  IALAH CORAK POLITIK YANG DIBENARKAN UNTUK MENGATASI PENGONGKONGAN KUASA  YANG KETERLALUAN OLEH GOLONGAN LAMA YANG JUMUD. IA MEMBUKA   PILIHAN YANG  LEBIH LUAS DAN BEBAS MENERUSI PENYERTAAN RAKYAT YANG CELIK.

APAKAH PERALIHAN KUASA TIDAK BAIK DALAM SISTEM BERDEMOKRASI.SIAPA KATA JIKA PEMBANGKANG BERKUASA IA TIDAK MEMBAWA SEBARANG  KEBAIKAN. SIAPA  KATA  KUASA YANG BERLEBIHAN OLEH PIHAK YANG TELAH SAMA BERKUASA TIDAK MENGARAH KEPADA PENYALAH GUNAAN KUASA DAN RASUAH. 




SIAPA KATA PEMBANGKANG TIDAK BERPENGALAMAN DAN TIDAK TAHU MENGURUS TADBIR NEGARA. SISTEM YANG BOBROK HASIL PENYALAHGUNAAN KUASA UMNO-BN TERBUKTI TIDAK BAIK DAN MEMUDARAT EKONOMI NEGARA.

TUN DR MAHATHIR MENAFIKAN INI SEMUA DENGAN MENYATAKAN INILAH SISTEM YANG TERBAIK.BELIAU BERSELINDUNG DI SEBALIK HUJAH BUKANNYA REKOD. YANG BOBROK TETAP BOBROK WALAU PUN BELIAU MENYATAKAN ITULAH YANG TERBAIK.HANYA MENERUS HUJAH YANG DIREKA CIPTA UNTUK MENIMBULKAN KEPERCAYAAN MUTLAK. 

MANTIK BELIAU SANGAT KACAU DAN TIDAK ADA SEBARANG ASAS YANG BENAR UNTUK DIPERTAHANKAN. CONTOHNYA BAYARAN TOL TIDAK BOLEH DIPERTURUNKAN  KERANA KERAJAAN TERIKAT DENGAN KONTREK. IA SAMPAI BILA ?

JIKA TIDAK DIPATUHI KERAJAAN AKAN HILANG KREDIBILITI DAN TIDAK AKAN DIPERCAYAI LAGI. DR MAHATHIR MERELAKAN RAKYAT MEMBAYAR TOL SECARA BERTERUSAN WALAU IANYA TELAH MENGUNTUNGKAN SYARIKAT KONSESI BERGANDA-GANDA .

BELIAU SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT SEBENARNYA MENYEBELAHI SIAPA. BILA SYARIKAT MENGUASAI NEGARA MAKA YANG UNTUNG HANYA  SEGELINTIR KECIL KRONI DAN KORPORAT TETAPI RAKYAT TERAMAI YANG MENYOKONG KERAJAAN MENDAPAT MENJADI MANGSA .

MEREKA AKAN DIBEBANKAN DENGAN BERBAGAI KUTIPAN YANG BERAT KERANA KERAJAAN TUNDUK KEPADA SWASTA. IA BERLAKU SEBAGAIMANA YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DALAM SISTEM KOLONIAL YANG MENEKAN ALA EIC ATAU VOC.

Friday, March 29, 2013

Nasihat Kepada Para Pengamal Demokrasi


 

Mahatma Ghandi telah memberi takrifan demokrasi. Kuasa rakyat mesti diimbangi dengan kuasa pihak atasan. Demorasi  yang sebenar menjurus ke arah kuasa rakyat.Bahawa demokrasi bukan ditentukan oleh segelintir pihak atasan  yang berkuasa tetapi mesti bergerak daripada bawah ke ataske atas.Bukan dari atas ke bawah.

Jika ini berlaku ia adalah PANUTAN  dan ikut-ikutan bukan demokrasi rakyat yang celik. Emosi  rakyat dipermainkan kononnya merekalah yang berkuasa memilih pemimpin tetapi sebenarnya tidak. Mereka dipaksa memilih pemimpin yang ditentukan dan menolak para pemimpin tandingan yang mungkin menjadi pencabar pihak yang berkuasa.



Pendirian di atas mengungkapkan tentang amalan  demokrasi yang adil. Pihak   yang lemah harus mempunyai peluang dan  hak yang sama dengan pihak yang kuat .Ini dalam erti kata pihak atasan tidak boleh membuli dan memperalatkan rakyat jelata demi untuk mengekalkan kuasa. Selama ini partisipasi rakyat dalam politik lebih kepada mengesahkan keputusan kerajaan tanpa muafakat dan perbincangan terlebih dahulu.

Dalam hal ini Ghandi menyatakan tidak ada sebuah pun negara yang menunjukkan keihsanan kepada golongan yang lemah. Amalan yang terjadi ialah ramai pemimpin yang pandai mengeksploit isu dan mengambil kesempatan .Kononnnya mereka adalah pejuang rakyat. 

Demokrasi barat pada hari ini bersandarkan kepada kesewenangan untuk berbuat mengikut kehendak segelintir mereka yang sebenarnya  berkuasa .Mungkin ternampak sedikit keadilan  sesama rakyat di negara mereka tetapi ternyata menindas rakyat di negara lain. 

Demokrasi sebenar tidak berfungsi di bawah  kekuasaan 20 orang yang menguasai majlis tertinggi di pusat kuasa.Demokrasi sebenar bekerja dari bawah yang diwakili dan digerakkan oleh penduduk setiap kampung yang terlibat dalam pembinaan negara bangsa.

Friday, March 22, 2013

Mahathir versus Lee Kuan Yew

Among Equals: Mahathir Versus Lee Kuan Yew

Hantu Laut

I have always admired Lee Kuan Yew for what he did for Singapore and his zero tolerance against corruptions making Singapore one of the least corrupted nations in the world.Much of what Singapore is today have been the results of the foundation set by him.


His recent seemingly friendly tour of this country is much more than meets the eye.His visit is not walking down memory lane as the press made it out to be.As I have mentioned earlier in my article 'The Puzzling Visit of The Malaysian Malaysia Man', Lee has a mission, a fact finding tour of Malaysia's neo-political gambit, the resurrection of democracy and too much of it what he fears could be the beginning of the making of a true Islamic nation right on his doorstep.


Lee is a man who do not fully subscribe to Western-type democracy, which he has seen and experienced during his time fighting the communist menace, the harm it can do to a nation and its people, unprepared for absolute freedom. That's why Singapore has the same type of draconian laws as Malaysia but has not used it indiscriminately.Lee prefers to use the court to end his opponents political career.The end justify the means.The end results the same.It kills any opposition.

Why did Lee meet all those dignitaries and even more puzzling why did the Malaysian government allowed him such convenience when he is actually on an official visit to this country? One must not forget that Lee is still a member of the Singapore cabinet.

The only man who could read Lee's intention, is his match.... Mahathir Mohammad.He minced no word when he called Lee Kuan Yew 'little Emperor of a tiny Middle Kingdom'
. Yes, this little emperor has come to reclaim Malaysia as its hinterland, which ex-Premier Abdullah has conveniently made available on the platter to Singapore.

Mahathir has a patchy relation with Lee during his twenty two years as prime minister.Both men don't see eye to eye.Both are authoritarian and want the best for their country.Lee was aghast with Malaysia's accelerated development under Mahathir, which do not augers well with Singapore status as the top service and financial centre in the region. The thought of losing Malaysia and Indonesia as its hinterland is frightening to Lee Kuan Yew at that time.
Mahathir believes in and prefers prosper thy neighbour policy. Lee, on the other hand, prefers underdeveloped and inefficient neighbours. Good for Singapore's business.

I remember when I was doing timber export in the seventies and eighties when Malaysian ports were still small, inefficient and not cost effective, we have to truck our timber from as far as Pahang and Kelantan to Singapore for shipments.Even with the trucking costs it worked out to be cheaper than sending to Pork Klang where frequency of ships calling the port was erratic and unreliable.Through Singapore port you can ship small volume at any time.For bulk cargo we usually charter the ship to the nearest port, Kuantan, Pasir Gudang or Port Klang.

With Mahathir things begin to change, he spared no effort to build better and world class infrastructures for the country.New ports,new airport,world class highways and other development that elevate Malaysia status to a developing nation.Now, Malaysia has many ports with good infrastructure.

Singapore, was in a way lucky because it already has the basic infrastructures of an entrepot left by the British and was the only well-managed and well equipped port east of the Suez, after the collapse of the port of Aden, which used to be the biggest bunkering port in the world when it was under British rule.

Take a look at some of the personalities whom Lee paid courtesy calls.Sultan of Perak, Lim Guan Eng of Pinang, Nik Aziz of Kelantan and the most perplexing of all Rosmah, the Prime Minister's wife.

The Sultan of Perak is embroiled in the Perak crisis, Lim is chief minister of opposition controlled state and Nik Aziz is spiritual leader of PAS whom I think he has no liking for.He came to pick their brains.

Lee is making a personal appraisal of the political situation in the country and trying to gauge whether Najib and the BN can hold the fort in the next general elections.I believe Lee has no personal liking for Anwar Ibrahim either, not if going by Anwar's culture of defiance and his reformasi movement of protests, demonstrations and civil disobedience.Lee Kuan Yew has no stomach for this kind of politics.

As I have said the most incredible was the meeting with Rosmah whom he said is working as a team with the husband.Where in heaven's name he gets the idea that Rosmah is working as a team with Najib? Who is the prime minister? She can provide moral support to her husband but has no business getting involve in matters of government. Lee has some kind words for her. Sincere or not, only he knows.Was the meeting to check out as to what kind of a woman Rosmah is? Lee is impressed with her charm and says both her and Najib are warm, positive and forthcoming.

Lee must be a grudging old man and is still sore. The least he could do is to pay a courtesy call on his old foe and let bygones be bygones.Mahathir, rightfully, must have been slighted by Lee's lack of statesmanship.