Saturday, September 29, 2012

Ucapan Dr Mahathir yang biasa

Dr M handal dalam bermantik.Ia menjawap semua persoalan seperti tak ada masalah pada Malaysia. Isu yang ketara seperti kronisme dilenyapkan dengan keamanan,limpahan ekonomi dan keadaan yang rakyat harus bersyukur daripada sebelum merdeka.Bagi orang biasa yang malas berfikir ia adalah terbaik. Bagi yang mengkaji secara mendalam banyak perkara yang disembunyikan. Inilah kebijaksanaan ahli politik. Mereka mampu mengawal keadaan dengan kata-kata yang lunak.


Wednesday, September 26, 2012

FALSAFAH POLITIK DR M :HARI INI KAWAN ,ESOK LAWAN DAN LUSA JADI KAWAN


 DALAM POLITIK HARI KAWAN ESOK LAWAN LUSA TEMAN

 


DR M PERNAH MENGGUNAKAN KHIDMAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENGHADAPI KEMARAAN PAS YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ FADZIL NOOR.

ANWAR ADALAH PANGLIMA KANAN DR M DALAM MENGHADAPI  MUSA HITAM ,TENGKU RAZALEIGH DAN PARA PENGKRITIK DR M SELEPAS PERTARUNGAN TEAM A LAWAN  TEAM B. NYARIS-NYARIS  MEREKA MENUMBANGKAN DR M PADA TAHUN 1987.

PADA KETIKA ITULAH PERANAN ANWAI IBRAHIM SANGAT MENYERLAH BERGANDING BAHU BERSAMA  SANUSI JUNID DAN DAIM ZAINUDDIN.

 


APA SUDAH JADI KINI ? WALAU PUN TELAH BERSARA DARIPADA JAWATAN PM,DR M TIDAK PERNAH BERSARA DARIPADA POLITIK .POLITIK TELAH MENDARAH DAGING DENGANNNYA.

KINI AI MENJADI MUSUH POLITUK NOMBOR WAHIDNYA. NAMUN PERCUBAAN MEMBUNUH KARIER POLITIK  MUSUH POLITIKNYA TELAH GAGAL. BELIAU MENGGUNAKAN RAKAN-RAKAN POLITIK AI SEPERTI IBRAHIM ALI, USTAZ ISMAIL MINA, PROF CHANDRA MUZAFFAR DLL .

 




UMUM TAHU MEREKA HANYA MENCARI MAKAN DAN BUKAN ORANG PERJUANGAN SEBENAR SEPERTI FADZIL NOR YANG PERNAH DITAWAR DR M UNTUK BERGABUNG MENYEBELAHINYA.

BELIAU MENGECAM G. SOROS SEBAGAI PENYAYAK MATA WANG,SPEKALATOR BESAR YANG MENHARU BIRUKAN EKONOMI DUNIA. BAGAIMANA PULA DENGAN BELIAU.TIDAKKAH DR M MENGGUNAKAN KEDUDUKANNYA MENERUSI DASAR PENGKORPARATAN TELAH MENGKAYAKAN ANAK PINAK DAN KRONI-KRONINYA?

BERBAGAI SKANDAL YANG MELIBATKAN BILION RINGGIT DI ZAMAN DR M BERKUASA. YANG BERSALAH, TERTUDUH DAN MEJADI MANGSA HANYA SEGELINTIR KECIL.ITU PUN ADA YANG BEBAS DENGA KEHILANGAN BILION RINGGIT WANG NEGARA.


 


SEPERTI KATA TUN  MUSA DI ZAMAN TUN MAHATHIR RASUAH TIDAK LAGI BERLAKU DI BAWAH MEJA MALAHAN BOLEH DIBINCANGKAN. IA BERLAKU SECARA ,MELUAS DAN TERANG "RAMPANT"


 

Thursday, September 20, 2012

Dr Mahathir Benarkah Begitu ????????

Dr M: Boleh tegur pemimpin tapi biar beradap

Tun Mahathir
Tidak salah untuk menegur pemimpin jika mereka dilihat menyimpang daripada usaha membangunkan rakyat dan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Bagaimanapun kata beliau, teguran harus dilakukan secara beradab dan kena pada masanya selain mengemukakan pendapat yang boleh dipertimbang pemimpin.
    
"Saya fikir pemimpin juga harus terbuka kepada sebarang teguran. Ketika zaman saya (sebagai Perdana Menteri), saya ditegur Tengku Razaleigh Hamzah dan (Tun) Musa Hitam, serta ramai lagi yang marah dengan saya," katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam
    
Beliau yang ditemui selepas 'Diskusi Kepimpinan Perdana Mahasiwa Universiti Teknologi Malaysia', berkata pada masa yang sama pemimpin juga tidak harus terlalu lama memegang kuasa dan berundur apabila tiba masanya, sekalipun masih popular dalam kalangan rakyat.

Saturday, September 15, 2012

MUSA HITAM PENGERUSI ISLAMIC ECONOMIC FORUM

INTERVIEW BERSAMA MUSA HITAM


PEMIKIRAN MUSA HITAM

MARI KITA MENGKAJI PEMIKIRAN TUN MUSA HITAM


Dengar apa yang dituturkan oleh Dr M


MANTIK POLITIK MAHATHIR




TUN MUSA HITAM DAKWA SAYA ADALAH DURI DALAM DAGING YANG KINI SUDAH DIKELUARKAN .APAKAH TUN LUPA TUN JADI DURI DALAM DAGING UMNO TAHUN 1986 -1987 DAHULU.SEMASA TUN  LETAK JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO KERANA HENDAK SAYA BERHENTI JADI PERDANA MENTERI DAN DIGANTI OLEH TUN.

DATUK SYAHRIR ABDUL SAMAD YANG LUPA BAGAIMANA BELIAU KELUAR UMNO DAN MENJADI CALON BEBAS SERTA MELAWAN UMNO MENERUSI PILIHANRAYA KECIL DENGAN SIMBOL KUNCI.

JIKA TIDAK KERANA KAKAK TUN MUSA   SEBAGAI KETUA WANITA JOHOR BAHRU DATANG PAGI-PAGI KE RUMAH SAYA UNTUK MERAYU SUPAYA DATUK DIBENAR KEMBALI KE PANGKUAN UMNO, DATUK AKAN JADI DURI DALAM DAGING LEBIH LAMA  

Baca dan hayati untuk memahami pola berfikir Dr M yang meletakkan para penentangnya sebagai mangsa.Tidak ada kebaikan sama sekali untuk orang yang menentang kepimpinannya.Semuannya salah.Dia saja yang betul. Dia juga dulu menetang Tunku secara terbuka.  Ini pemikiran bercorak feudal yang totok dan kedikdatoran. 

Orang menetang mesti ada sebab. Pemimpin yang menentang meletak jawatan sebagai tanda protes. Buat apa duduk dalam kabinet jika tidak sepakat. Tun Musa menentang mesti ada sesuatu sebab yang munasabah.Bukan sahaja Tun Musa malahan  lebih separuh anggota kabinet tidak bersetuju dengan dasar-dasar Dr M. Mereka nampak apa yang hendak dibuat Dr Mahathir.

 Kerajaan  mula menyimpang daripada landasan bahawa kerajaan adalah penanggung  jawap sosial rakyat yang terbesar .Kerajaan bukannya syarikat korprat untuk para kroni mengaut keuntungan berganda. Kerajaan menanggung segala kerugian dan mesti menyelamatkan mereka apabila syarikat bermasalah. Ini dasar ekonomi ala mafia  yang salah. Ini juga yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa apabila ekonomi merudum pada tahun 1987. 

Pola politik Mahathir yang tamak halona untuk membolot ekonopmi Malaysia masih diikuti oleh para pemimpin UMNO hingga kini.Ini yang sedang hendak diperbetulkan oleh Kerajaan PR jika diberi peluang untuk memerintah selepas PRU ke 13. Soalnya sekarang bukan duri dalam daging lagi. Sistem ekonomi yang ditanamkan era Mahathir hingga kini telah membusuk  dan menjadi barah kepada ekonomi negara.Hakikatnya beliau dengan kedegilannya pasti tidak mengaku.

HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM