Friday, May 10, 2013

Kekayaan Mahathir Mohamad lebih dua kali ganda daripada Sultan Brunei

Wikipedia melaporkan sehingga April 2011 harta kekayaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berjumlah AS44 billion!!! Kesemua kekayaan tersebut telah dikumpul oleh Mahathir Mohamad semasa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
Kekayaan Mahathir Mohamad lebih dua kali ganda daripada sultan Brunei



Dengan jumlah kekayaan Mahathir sebanyak AS44 billion bermakna bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah berjaya merakus harta rakyat Malaysia sebanyak dua kali ganda harta kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berjumlah AS20 billion. Nilai kekayaan Su

APA KATA MAHATHIR DAN DAIM TERHADAP ANWAR


 

Sunday, May 5, 2013

DASAR PENSWASTAAN MAHATHIR MERUGIKAN MELAYU


 
Dasar penswastaan di zaman Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membela orang Melayu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 Malah katanya, hanya beberapa peratus sahaja kekayaan dan saham di dalam pelbagai projek penswastaan yang sampai ke tangan golongan Melayu.
 
“Beliau (Mahathir) dulu laksanakan Dasar Ekonomi Baru, tapi yang dapat bukan orang Melayu,” kata Abdul Khalid ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir beberapa hari lalu.
Dr Mahathir berkata Selangor perlu diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di Selangor dan kedudukan Islam kekal sebagai agama rasmi negara.
 Mahathir sebelum ini berkata PR yang sudah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.
 Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Khalid berkata penggunaan masjid dan surau lebih rancak di bawah pentadbiran PR berbanding Umno-BN.
“Contohnya program malam Qiamullail, sekurang-kurangnya lima ribu rakyat hadir dalam satu masjid. Ini tidak berlaku zaman Mahathir.
“Begitu juga apabila terdapat perayaan di masjid, yang mana beribu-ribu orang akan hadir.
“Jadi dari segi umat Islam dan penggunaan rumah ibadat Islam sangat diterima rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di Hotel Blue Wave, di sini.
“Saya ingat beliau (Mahathir) tidak mengikuti perkembangan yang berlaku. Saya harap sangat beliau berhenti dalam usaha ini sebab beliau sudah melampaui masa kita perlukan beliau.
#Menguntungkan kroni dan kaum kerabat...
Anda mungkin juga meminati: