Thursday, April 11, 2013

MENGKAJI CORAK BERPOLITIK TUN DR MAHATHIR APA MANTIK YANG DIGUNA PAKAI ?

SAKSIKAN TEKS TEMU RAMAH ANTARA TUN DR MAHATHIR DENGAN AHMAD TALIB





TUN DR MAHATHIR TERKENAL DENGAN CORAK MANTIK YANG MEMANGSAKAN KEADAAN. IA BIJAK  MENYALAHKAN PIHAK PEMBANGKANG SEBAGAI PUNCA KETIDAKSTABILAN NEGARA. BAGI BELIAU TIDAK ADA APA PUN YANG BAIK DARIPADA PIHAK PARTI LAWAN.

ITU ISTILAH YANG BELIAU GUNAKAN UNTUK MENDORONG RAKYAT  MENANAM KEBENCIAN.BELIAU MEMBODOHKAN RAKYAT BAHAWA PEMBANGKANG TIDAK TAHU BERPOLITIK YANG SEHAT, MEREKA CETEK PENGALAMAN DAN TIDAK ADA TANGGUNG JAWAP SAMA SEKALI.MEREKA HANYA MEMBURU KUASA. IA BENAR. MEREKA MEMBURU KUASA SECARA BERPERLEMBAGAAN . APA SALAHNYA ? MEREKA MENURUT LUNAS-LUNAS DEMOKRASI YANG DIBENARKAN DALAM UNDANG-UNDANG.

TIDAK ADA APA YANG SALAH.SAMA SEPERTI PIHAK BERKUASA YANG MEMPERTAHANKAN KUASA SECARA RAKUS DENGAN MEMPERALATKAN MEDIA ARUS PERDANA SEBAGAI MILIK PARTI  DENGAN MUTLAK WALAU PUN SESUDAH PARLIMEN BUBAR. 

CORAK BERPOLITIK YANG SONGSANG  SEBEGINI TIDAK MELAYAKKAN BELIAU DIGELAR NEGARAWAN.LANGSUNG TIDAK ADA KETERBUKAAN UNTUK MENGAKUI KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ORANG LAIN DALAM SEBUAH NEGARA YANG DEMOKRATIK. 


PEMILIHAN DAN PERTUKARAN PARTI  IALAH CORAK POLITIK YANG DIBENARKAN UNTUK MENGATASI PENGONGKONGAN KUASA  YANG KETERLALUAN OLEH GOLONGAN LAMA YANG JUMUD. IA MEMBUKA   PILIHAN YANG  LEBIH LUAS DAN BEBAS MENERUSI PENYERTAAN RAKYAT YANG CELIK.

APAKAH PERALIHAN KUASA TIDAK BAIK DALAM SISTEM BERDEMOKRASI.SIAPA KATA JIKA PEMBANGKANG BERKUASA IA TIDAK MEMBAWA SEBARANG  KEBAIKAN. SIAPA  KATA  KUASA YANG BERLEBIHAN OLEH PIHAK YANG TELAH SAMA BERKUASA TIDAK MENGARAH KEPADA PENYALAH GUNAAN KUASA DAN RASUAH. 




SIAPA KATA PEMBANGKANG TIDAK BERPENGALAMAN DAN TIDAK TAHU MENGURUS TADBIR NEGARA. SISTEM YANG BOBROK HASIL PENYALAHGUNAAN KUASA UMNO-BN TERBUKTI TIDAK BAIK DAN MEMUDARAT EKONOMI NEGARA.

TUN DR MAHATHIR MENAFIKAN INI SEMUA DENGAN MENYATAKAN INILAH SISTEM YANG TERBAIK.BELIAU BERSELINDUNG DI SEBALIK HUJAH BUKANNYA REKOD. YANG BOBROK TETAP BOBROK WALAU PUN BELIAU MENYATAKAN ITULAH YANG TERBAIK.HANYA MENERUS HUJAH YANG DIREKA CIPTA UNTUK MENIMBULKAN KEPERCAYAAN MUTLAK. 

MANTIK BELIAU SANGAT KACAU DAN TIDAK ADA SEBARANG ASAS YANG BENAR UNTUK DIPERTAHANKAN. CONTOHNYA BAYARAN TOL TIDAK BOLEH DIPERTURUNKAN  KERANA KERAJAAN TERIKAT DENGAN KONTREK. IA SAMPAI BILA ?

JIKA TIDAK DIPATUHI KERAJAAN AKAN HILANG KREDIBILITI DAN TIDAK AKAN DIPERCAYAI LAGI. DR MAHATHIR MERELAKAN RAKYAT MEMBAYAR TOL SECARA BERTERUSAN WALAU IANYA TELAH MENGUNTUNGKAN SYARIKAT KONSESI BERGANDA-GANDA .

BELIAU SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT SEBENARNYA MENYEBELAHI SIAPA. BILA SYARIKAT MENGUASAI NEGARA MAKA YANG UNTUNG HANYA  SEGELINTIR KECIL KRONI DAN KORPORAT TETAPI RAKYAT TERAMAI YANG MENYOKONG KERAJAAN MENDAPAT MENJADI MANGSA .

MEREKA AKAN DIBEBANKAN DENGAN BERBAGAI KUTIPAN YANG BERAT KERANA KERAJAAN TUNDUK KEPADA SWASTA. IA BERLAKU SEBAGAIMANA YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DALAM SISTEM KOLONIAL YANG MENEKAN ALA EIC ATAU VOC.

No comments:

Post a Comment