'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO (preamble)1
Perihal ‘The awakening: Abdullah
Badawi years in Malaysia’
yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah mula
membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap
Abdullah.
Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.
Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.
Sesungguhnya kita wajar
mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi
buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah
menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini
dengan Abdullah Badawi sahaja.
Tetapi isunya bukan siapa yang
menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang
disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut.
Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang
apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah).
Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah ‘meraja’ selama 22 tahun di negara kita ini.
Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah ‘meraja’ selama 22 tahun di negara kita ini.
Yang sangat menarik, Abdullah
telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau dan memberikan
pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Jika ada pihak yang
menggunakan isu ini sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung
UMNO nanti, itu bukan hal bagi saya dan yang ‘sebalok’ dengan pandangan saya.
Biarlah UMNO atau perwakilannya membahaskannya.
Bagi saya, yang penting ialah isu
sebenar yang menjadikan pertelingkahan diantara Dr Mahathir dan Abdullah yang
sangat serius seolah-olah dua orang pemimpin yang telah berputus arang sekarang
ini. Bagaimana berpatah arang itu berlaku perlu diketahui umum kerana ia
melibatkan ego dari satu pihak dan maruah bagi satu pihak yang lagi satu.
Mahathir kesal kerana memilih
Abdullah sebagai penggantinya sebagaimana Tun Hussein Onn yang kesal memilih Dr
Mahathir sebagai pengganti beliau. Saya lebih berminat untuk memberikan olahan
terhadap bagaimana Dr Mahathir begitu berkesan menjadi Timbalan lantikan
Hussein Onn dan menyebabkan Hussein Onn terpaksa meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri dan Presiden UMNO hasil dari ‘insubordination’ Dr Mahathir
sendiri.
Yang lebih menarik lagi bagaimana
setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Dr Mahathir telah berjaya menurunkan
pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawi setelah beliau meletakkan
Abdullah sebagai penggantinya. Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik
beliau hanya pandai menjatuhkan pemimpin termasuk yang telah memilih beliau dan
yang menjadikan beliau sebagai pemimpin besar negara.
Perkara ini perlu difahami untuk
mengetahui bagaimana Dr Mahathir berupaya dan berkesanggupan menjatuhkan
pemimpin pilihan beliau sendiri. Tentunya Dr Mahathir mempunyai ‘kemahiran’
luar biasa kerana berjaya menjatuhkan orang yang menaikkan beliau dan
menurunkan orang yang menjadi pilihan beliau sendiri.
Itu sebabnya saya pernah memberikan anologi yang Dr Mahathir ini adalah seperti kelendan lori, boleh menaikkan barang kedalam lori dan menurunkan barangan yang dinaikkan oleh beliau apabila sampai ketempat dan waktu pilihan beliau.
Itu sebabnya saya pernah memberikan anologi yang Dr Mahathir ini adalah seperti kelendan lori, boleh menaikkan barang kedalam lori dan menurunkan barangan yang dinaikkan oleh beliau apabila sampai ketempat dan waktu pilihan beliau.
Dalam masa beliau berkuasa beliau
tidak mempunyai selera dan kemahuan untuk membina kepimpinan negara kerana
beliau lebih tertumpu kepada memelihara kedudukan dan kemudahan beliau sendiri
diatas ‘penyeksaan’ pihak yang lain. Beliau berbeza dengan Tun Abdul Razak yang
telah membina dan mendidik ramai pemimpin yang berkualiti untuk negara bagi
menerajui negara dalam jangka masa yang panjang.
Tetapi Dr Mahathir ingin
menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan beliau
sendiri. Justeru negara telah menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak
mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk
melakukannya. Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka
tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr
Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di
lakukan transformasi terhadapnya.
Jawapan Abdullah Badawi dalam
temubualnya dengan penerbit dan editor buku ‘The awakening’ ini, memberikan
peluang untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana perkara yang dilakukan terhadap
Abdullah itu boleh berlaku. Bahkan bukan setakat itu sahaja, Ia juga boleh
memberikan jawapan kenapa mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin negara
dijadikan pemimpin sehinggalah pemimpin yang ada pada hari ini.
Kalau diteliti dengan halus lagi
kita akan mendapat jawapan bagaimana tanggungjawab diberikan kepada mereka yang
tidak mahir ahlinya. Saya pernah menulis beberapa minggu lalu yang UMNO itu
sudah hilang punca kepimpinannya sehinggakan mereka yang diberikan
tanggungjawab besar itu adalah orang yang tidak berkemampuan. Saya memberikan
anologi sebagai menempah songkok dari tukang kasut atau menempah kasut dari
tukang songkok.
Apa yang berlaku terhadap Abdulah
itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang Abdullah dan ramai yang
lain menghadapinya. Untuk memahami dengan lebih terang elok kita mulakan
mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Dr Mahathir menjadi PM dan
apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM Yang paling lama dalam rantau ini.
Tidak salah jika saya katakan
jika kita mengkritik Abdullah dan Najib, ia bermakna kita mengkritik Mahathir
sendiri kerana kedua-duanya ini adalah pemimpin ciptaan Dr Mahathir. Tentunya
apa-apa yang di cipta oleh penciptanya itu adalah taggungjawab penciptanya jika
ada kesalahan dan kesilapan yang terhasil dari yang diciptanya itu.
Kita elok membuat sedikit
rentetan dari waktu sebelum Dr Mahathir menjadi PM dahulu agar lebih mudah kita
memahami kenapa perkara-perkara seperti yang di sebut oleh Abdullah itu berlaku
dan kenapa ia berlaku kepada Abdullah.
DAN kita akan lebih memahami
kenapa Najib sekarang seolah-olah akan menghadapi masalah seperti yang dihadapi
oleh Abdullah dahulu.
(bersambung)
'The awakening', Dr Mahathir dan Abdullah (sambungan)
Permintaan agak ramai dari
pengikut blog ini ini untuk saya meneruskan menulis isu tentang Pak Lah
dan
Mahathir seperti yang dihebohkan hasil dari terbitnya buku ‘The
awakening:
Abdullah Badawi years in Malaysia’
yang saya sentuh semalam. Seperti yang di jangkakan isu perkelahian Dr
Mahathir
dengan Pak Lah ini pastinya menjadi isu hangat kerana sememangnya
kedua-duanya dalam keadaan bermusuhan dan seteru ‘intra-politics’ dalam
UMNO itu
sendiri.
Perbalahan diantara kedua-dua
pemimpin ini tidak terkejut berlaku kerana ia didasarkan kepada niat dan
politik peribadi yang disalut dengan kepentingan dan kemahuan peribadi
masing-masing. Kalau tidak kerana politik tidak mungkin mereka berdua berkelahi
kerana perkelahian diantara mereka yang sudah tua ini amat buruk pada pandangan
yang melihatnya.
Dr Mahathir bukan sahaja berjaya
menurunkan Hussein Onn yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Sebelum itu Dr Mahathir juga merupakan pemain penting yang telah memaksa Tunku Abdul
Rahman turun dari kepimpinan negara. Tunku semasa akhir hayatnya mengaku yang
beliau telah terlebih masa duduk dipuncak kepimpinan dan ini meresahkan Tun
Razak yang telah menjadi Timbalannya selama lebih dari satu dekad.
Dr Mahathir telah mengganyang
Tunku pada tahun 1969 dahulu dengan berbagai-bagai cara dan akhirnya pada
penghujung tahun 1970 telah meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Tun
Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara. Tun Razak telah memberikan Dr
Mahathir jawatan kabinet sebagai Menteri Pelajaran setelah beliau kembali diterima sebagai ahli UMNO.
Boleh dikatakan kenaikkan Dr
Mahathir sedikit sebanyak oleh Tun Razak adalah kerana membalas budi Dr
Mahathir kerana menurunkan Tunku pada tahun 1969 dan 1970 dahulu. Ramai telah
menyangkal pandangan ini kerana di masa itu cara permainan politik begitu halus
dan susah hendak difahami oleh orang awam kerana hendak menjaga parti dari berpecah.
Semasa Dr Mahathir menjadi
Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn begitu tertekan dengan apa yang
dilakukan
oleh Timbalannya dan yang paling menyayat hati Hussein ialah apabila
beliau
(Hussein) ditandingi diperingkat Presiden parti oleh Sulaiman Palestin
pada
tahun 1977 atau tahun 1978 dahulu. Sebagai seorang yang begitu
mementingkan
sokongan padu sedikit undi yang diperolehi oleh Sulaiman Palestin itu
mencukupi
bagi Hussein untuk meletakkan jawatan.Mahu tidak mahu tampilnya Sulaiman
Palestin dalam pertandingan jawatan Presiden itu ada kaitan dengan
peranan Dr Mahathir untuk 'undermine' kepimpinan Hussein Onn.
Hussein berfikir dan akhirnya
beliau dalam perhimpunan itu juga mengumumkan yang beliau tidak akan
mengekalkan jawatan beliau pada pemilihan parti yang berikutnya, iaitu pada
tahun 1981 dahulu. Beliau bukannya merajuk kerana pertandingan itu, tetapi
beliau berkecil hati kerana pertandingan itu di dorong oleh Timbalannya yang
beliau telah lantik sendiri.
Moralnya Hussein telah
mengamalkan semangat demokrasi yang tulin. Sewaktu itu ada sedikit sebanyak
tentangan terhadap kepimpinannya beliau mengambil keputusan untuk berundur
walaupun beliau mendapat majoriti lebih dari seribu undi. Beliau tahu yang
Timbalannya sangat berkehendakkan jawatan itu secepat yang mungkin.
Itulah rupanya politik jika
dipimpin oleh orang-orang dari kelas aristokrat dan ia amat berbeza dengan
pimpinan selepas beliau yang mempunyai mentaliti seperti mentaliti ‘migrant’
yang telah merobah keseluruhan semangat dan budaya politik demokrasi sejak dari
saat itu. Bermula dari saat itulah hilangnya sifat ‘magnanimity’ kepimpinan dan
pemimpin UMNO selepas Hussein merupakan pemimpin yang membawa budaya dan semangat
demokrasi acuan yang berlainan.
Bermula dari saat itu pemimpin
UMNO adalah dari gulungan yang hati yang kecil dan fakir jiwanya dengan
mangambil kuasa itu sebagai kuasa yang mutlak bagi dirinya sendiri sahaja.
Kuasa itu amat penting bagi diri-diri mereka dan bukannya kuasa besar untuk
parti yang mereka pimpin lagi.
Pimpinan sejak selepas Hussein
Onn mempunyai kompleks ‘inferiority’ yang besar dan pucuk pimpinan bermula dari
saat itu mudah takut dengan bayang-bayang kerana kemiskinan jiwa kepimpinan
mereka tadi.
Dari saat itu jugalah bermulanya
pembersihan parti dari pemimpin-pemimpin yang ditakuti oleh Dr Mahathir dan
usaha ini dilakukan dengan begitu sistematik sehingga sampai beliau bersara
setelah 22 tahun duduk diatas kuasa. Dizaman kepimpinan ini, usaha untuk
mewujudkan kepimpinan pelapis yang berkalibar tidak langsung dibuat malahan
semua pemimpin yang berkemampuan yang dididik oleh Tun Razak bersama beliau
sendiri (Mahathir) telah dikeluarkan oleh Mahathir dengan begitu sistematik.
Sepatutnya Mahathir membina
pemimpin-pemimpin pelapis dalam UMNO, sebaliknya beliau hanya mengumpulkan
pemimpin-pemimpin ‘pelapik’ sahaja untuk menjadi pasak bagi menguatkan
cengkaman beliau terhadap parti yang menaikan beliau selama itu.
Mahathir sememangnya mempunyai
kemahiran dalam bidang menjatuhkan pimpinan yang beliau rasakan akan menggugat
dan mempengaruhi pengaruhnya dalam parti UMNO itu. Maka wujudlah pemimpin yang
terbit dari kumpulan pengampu dan pengangguk yang sentiasa menumpukan politik
mereka untuk memberikan ‘amusements’ terhadap Dr Mahathir sahaja. Mahathir
terkenal kerana mempunyai kemahiran memecah dan membelahkan sesiapa yang beliau
rasakan akan menyaingi kepimpinan beliau.
Tengku Razaleigh dan Musa Hitam
merupakan dua orang yang dididik oleh Tun Razak untuk kepimpinan masa depan
negara bersama Dr Mahathir tetapi kedua-dua Musa dan Razaleigh adalah mangsa
pertama dalam politik pecah perintah Dr Mahathir Mohammad itu. Mahathir tidak
mahu sesiapa yang berkemampuan berada di keliling beliau.
Semasa itu ramai yang sedar musuh
Musa bukannya Tengku Razaleigh dan musuh Tengku Razaleigh bukannya Musa.
Sebenarnya mereka berdua mempunyai musuh yang sama iaitu Dr Mahathir Mohammad.
Lama kelamaan ahli-ahli UMNO sendiri mulai merasakan yang Dr Mahathir telah
memusuhi semua yang mempunyai kredibiliti kepimpinan dan UMNO mula lemah dan
lemah dari masa kesemasa.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir
hanya beliau sahaja yang dibenarkan berfikir dan yang lain hanya wajar menjadi
pengangguk beliau sahaja. Setelah beliau memegang kuasa selama 22 tahun tanpa
ada usaha memina kepimpinan negara maka terhasillah pemimpin yang kalibarnya
seperti yang ada kepada Abdullah Badawi dan sekarang Najib Tun Razak sendiri.
Itulah kesangsaraan yang sedang
dihadapi oleh UMNO itu sekarang ini, iaitu tiada lagi mempunyai kepimpinan yang
berwibawa. Pemimpin yang berwibawa telah mati bergelimpangan hasil penangan
kepimpinan Dr Mahathir. Tiada siapa yang berwibawa mempunyai ‘survival’ politik
semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri negara ini.
Itu sebabnya saya bertanya kenapa
begitu ganas sekali Dr Mahathir menyalahkan penggantinya itu dalam serba serbi
masalah yang dihadapi negara?
(Bersambung)
The awakening': Hanya penggali dan cangkul akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik (sambungan)
Saya tidak pernah berhenti
menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman
terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila
mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh
semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya
wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan
melakukan pemilihan secara terbuka.
Tetapi mengambil jalan populis
melalui demokrasi tulin ini ia tidak akan kekal lama kerana populariti
seseorang itu mempunyai hadnya sendiri. Itu sebabnya seseorang yang benar-benar
demokratik akan menjaga maruah diri dan tidak mahu kekal dalam kuasa secara
berpanjangan. Mereka akan menjaga nama dan imej mereka terlebih dahulu, dan
jalan yang paling baik ialah dengan bersara dan memberikan kepimpinan kepada
mereka yang lebih berkelayakan dan sedang meningkat kewibawaan dan persepsi
rakyat.
Itu yang dilakukan oleh Hussein
Onn. Beliau meletakkan jawatan apabila ada di dalam UMNO yang tidak berpuas
hati terhadap beliau. Hussein meletakkan jawatan dengan rela hati kerana
tidak mahu membiarkan perasaan tidak puas hati terhadap beliau akan bertambah
dan memecahkan partinya. Malahan Mahathir sendiri pun memahami isu ini.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO
pada tahun 1981 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur semasa beliau
mengambil alih kepimpinan dari Hussein Onn, Mahathir telah mengingatkan perwakilan
UMNO tentang isu ini. Beliau telah berkata yang jika ada sedikit perasaan tidak
berpuas hati terhadap beliau, Mahathir meminta UMNO memberitahu beliau agar
beliau berundur dengan cara terhormat.
Itu janji beliau dalam ucapan
penangguhan beliau dalam perhimpunan agung itu. Saya masih ingat ucapan beliau
ini kerana kebetulan perwakilan Kuala Pilah berada dibarisan hadapan dalam
dewan perhimpunan tersebut, dan kata-kata beliau mudah di dengar dengan jelas. Mahathir
tahu Hussein yang bersara dan memberikan laluan kepada beliau itu mempunyai
sikap dan pemikiran yang seperti itu. Tetapi bagi Mahathir itu hanyalah mainan
lidah yang tidak bertulang beliau.
Beliau telah ditunjukkan begitu
banyak dalil supaya berundur tetapi beliau mengambil sikap yang berlawanan
dengan apa yang telah beliau sebut dalam ucapan penangguhan dalam perhimpunan
tersebut. Malahan apabila beliau ditandingi dan hanya memenangi 43 undi
majoriti sahaja, beliau bertindak ganas serta mencari jalan bagaimana hendak
mengenepikan semua yang dianggap beliau sebagai seteru politik beliau.
Hasilnya UMNO diharamkannya dengan
menggunakan undang-undang dan menubuhkan sebuah parti baru. Malahan sebelum
pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 itu beliau dengan lantang
berkata walaupun beliau menang dengan satu undi, beliau tetap menang. Sehari
dua selepas itu beliau berkata jika dalam pertandingan itu nanti jika beliau
tewas pun beliau masih Perdana Menteri kerana beliau akan mendapatkan sokongan
di Dewan Parlimen.
Bagi sesiapa yang mendengar
janji-janjinya pada tahun 1981 itu dengan apa yang beliau sebenarnya lakukan,
seseorang itu akan dapat membuat penilaian yang jelas terhadap Dr Mahathir.
Mahathir telah melampaui tarikh
luput populariti dalam sistem demokrasinya tetapi masih mahu berkuasa, maka
beliau terpaksa melakukan perkara yang diluar jangka untuk menambah jangka masa
untuk terus berkuasa dengan berbagai tekanan terhadap sesiapa yang beliau
rasakan akan menyebabkan beliau tergugat. Beliau terpaksa berpolitik secara
autokratik dengan menggunakan berbagai ‘instruments’ yang sepatutnya digunakan
ditempat lain kepada ahlu-ahli politik yang beliau anggap musuh seperti ISA dan
sebagainya.
Maka salah kah jika seseorang
menganggap Mahathir itu sebagai seorang yang gilakan kuasa dan tidak pernah
mampu bekerjasama dengan sesiapa? Beliau dalam pemerintahannya merupakan
seorang Perdana Menteri yang mempunyai empat Timbalannya, Musa, Ghafar, Anwar
dan Abdullah. Tidak mungkin seorang yang tidak boleh selari dengan semua
Timbalannya itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang berwibawa.
Beliau membuat ‘equation’ semua
Timbalannya sama seperti beliau kerana beliau beranggapan semua Timbalannya itu
sama seperti beliau semasa menjadi Timbalan kepada Hussein Onn dahulu. Bagi
beliau semua Timbalannya akan melakukan ‘insubordination’ terhadap beliau
seperti beliau lakukan kepada Hussein Onn sebelum itu.
Akhirnya Timbalan yang sedia ada
dengan beliau semasa beliau hendak bersara adalah Abdullah Badawi yang beliau
lantik kerana beliau mengenali Abdullah sebagai seorang yang boleh di arah
duduk akan duduk dan jika di arah berdiri akan berdiri. Beliau merasakan
Abdullah sahaja yang boleh dipercayai untuk beliau mengenakan kehendak beliau
jika dijadikan pengganti beliau. Beliau tetap mahu berkuasa selepas
persaraannya.
Tetapi beliau tidak memahami
Abdullah sepenuhnya. Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang
lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan
untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk di takik.
Mahathir sedar sebelum ini
Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan
jawatan
Perdana Menteri itu terlebih dahulu. Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja
sementara menjadapatkan jawatan PM itu seperti beliau (Mahathir) lakukan
kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi Timbalan kepada Hussein
sebelumnya
itu. Beliau menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal
melantik
beliau sebagai timbalannya.
“What goes around comes around’
kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya
penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik.
(Bersambung)
'The awakening': Mahathir tak sempat bergaduh dengan Abdullah sebelum dia jadi PM (sambungan)
Dr Mahathir menjadi Naib Presiden
UMNO pada tahun 1975 selepas beliau dipulihkan oleh Tun Razak keahlian dalam
UMNO, kalau tidak silap saya pada tahun 1972 atau tahun 1973 selepas dipecat
dari UMNO pada tahun 1969. Ada pihak-pihak dalam UMNO itu sendiri menyokong
kemasukan Dr Mahathir kembali di dalam UMNO tetapi apabila beliau mengemukakan
borang untuk menyertai UMNO kembali, beliau memilih untuk menyertainya di
Rawang kerana di Kedah tidak begitu ramai yang berminat untuk membawa beliau
kedalam UMNO.
Semasa itu di Rawang, Tunku
Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman adalah Ahli Parlimen bagi kawasan itu, dan
merupakan sahabat Dr Mahathir yang rapat. Maka mudah bagi beliau untuk
mendapatkan sokongan untuk kembali kedalam UMNO. Itu sebabnya Dr Mahathir
kembali ke dalam UMNO melalui UMNO Rawang dan hanya kembali ke Kedah selepas
beliau telah kembali pulih kedudukan beliau di dalam UMNO.
Dr Mahathir menjadi Naib Presiden
bersama Tengku Razaleigh yang telah menduduki kerusi ketiga tertinggi di dalam
parti itu dua tahun sebelumnya. Seorang lagi tentulah Ghaffar Baba yang telah
menjadi Naib Presiden sejak awal tahun enam puluhan lagi. Dr Mahathir mendapat
kedudukan yang ketiga dikalangan ketiga-tiga Naib Presiden itu.
Semasa itu Abdullah Badawi belum
lagi berada dimana-mana di dalam UMNO kerana beliau masih menjadi Ketua
Pengarah Belia dan selepas itu menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
Belia dan Sukan. Abdullah hanya keluar dari perkhidmatan kerajaan untuk
menyertai Pilihanraya 1978 dahulu untuk menggantikan Nordin Sophie bagi kawasan
Kepala Batas.
Musa Hitam hanya menjadi Naib
Presiden pada tahun 1978. Anwar Ibrahim semasa itu masih tidak terfikir
oleh sesiapa dalam UMNO, hanya beliau diingat sebagai bekas pemimpin pelajar
dan seorang yang begitu rapat dengan PAS kerana kedudukan beliau sebagai
Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) semasa itu.
Anwar hanya menyertai UMNO pada
Februari 1982 sahaja dan belum pun kering tanda-tangan keahliannya dalam UMNO
beliau telah menumbangkan Haji Suhaimi Kamarudin sebagai Ketua Pemuda UMNO
Malaysia, dengan sokongan Dr Mahathir Mohammed.
Seperti yang saya selalu sebutkan
semasa Dr Mahathir mendekati kerusi Perdana Menteri, iaitu semasa beliau
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai ‘grassroot’
yang kukuh. Seperti biasa orang yang paling di khuatiri berada di sisinya ialah
Tengku Razaleigh Hamzah. Malahan Mahathir begitu tidak seronok melihat Tengku
Razaleigh seolah-olah seorang defacto ‘Prime Minister’ kerana Perdana Menteri
Tun Razak dan Hussein telah memberikan tanggungjawab yang besar kepada TR.
Saat untuk menyekat kemaraan TR
tiba apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 1981 diperhimpunan
yang sama berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden diantara Musa dengan
Tengku Razaleigh. Musa yang dalam diam-diam juga berminat untuk menaiki takhta
kuasa, diambil kesempatan oleh Mahathir dan melagakan Musa dengan Tengku
Razaleigh sehingga berlaku pertandingan sengit diantara kedua-dua Naib Presiden
UMNO itu untuk jawatan Timbalan Presiden.
Mahathir berada dibelakang TR
semata-mata untuk menyekat TR menaiki kuasa. Sesungguhnya Mahathir juga waktu
yang sama yang Musa juga mempunyai minat yang kuat untuk menjadi Perdana
Menteri. Maka Mahathir menjadikan TR dengan Musa mempunyai kekuatan seimbang
bagi mengelakkan tentangan dari salah saorang dari kepimpinan yang dibentuk
untuk negara oleh Tunku dan Tun Razak.
Apabila Musa sedar apa yang ada
di dalam benak Mahathir itu dan datang pula berbagai-bagai cabaran untuk
menyekat kemaraan Musa, maka Musa meninggalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri
pada awal tahun 1986. Perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah
menjadikan UMNO kelam kabut dan rombong selepas rombongan terdiri dari
Menteri-Menteri serta Timbalan-Timbalan Menteri serta Menteri Besar telah
berduyun ke London untuk memujuk Musa menarik balik keputusannya untuk meletakkan
jawatan itu.
Tunku Abdul Rahman telah bersuara
dalam persaraannya dan menyatakan persaraan Musa Hitam itu sepatutnya di iringi
oleh satu Perwakilan Khas UMNO untuk berbincang dan membuat ketetapan. Di sini
Mahathir tahu jika Perhimpunan Agung Khas itu dipanggil maka Musa akan mendapat
‘endorsement’ yang kuat dan tidak terkejut jika Musa kembali dan membuatkan
dirinya menjadi kuat selepas perhimpunan Agung Khas itu.
Mahathir tidak peduli dan terus
memberi kenyataan yang perletakkan jawatan Musa itu diterima dan menutup isu
Perhimpunan Agung Khas itu samasekali. Memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO
akan membuatkan Musa kuat dan dengan senang sahaja Musa boleh mengambil alih
kepimpinan negara dari Mahathir.
Saya dan beberapa orang pemimpin
UMNO dibawah-bawah ini berkesempatan bertanya Musa kenapa beliau meletakkan
jawatan, Musa menjawab, ‘Mahathir has a freezer in him. Hatinya kering dan tidak
boleh bersamanya lagi’.
Dalam pada itu UMNO sudah ada
Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pemuda dan ini semua memudahkan Musa menjawab apa
yang akan berlaku kepada beliau. Anwar seorang muda yang begitu ‘ambitious’
akan berperanan untuk mengubah scenario politik negara dan akan bermula
‘politiking’ yang hebat dalam UMNO. Setiap pemimpin yang berwibawa yang
pengimbangnya yang disediakan oleh Dr Mahathir dan beliau tahu dengan cara ini
sahaja beliau mampu untuk berkuasa selama mana yang beliau idamkan.
Selepas Musa, Ghaffar Baba yang
tiga bulan lebih tua dari Mahathir, menggantikan Musa dan di zaman Ghaffar
menjadi Timbalannya, Mahathir tidak segelabah dahulu kerana beliau tahu Ghaffar
mempunyai banyak kekurangan untuk mengatasi beliau (Mahathir). Entah dimana datangnya
cerita pada suatu ketika selepas Ghaffar mengambil alih Musa Hitam itu, Ghaffar
percaya yang Mahathir akan bersara dan memberikan jawatan Perdana Menteri buat
pertama kalinya dari seorang guru biasa sekolah.
Orang seperti saya amat susah
mempercayai cerita itu dan selepas itu nyata Ghaffar juga menjadi mangsa permainan
politik kotor UMNO dan kali ini Anwar pula yang menolak Ghaffar keluar dan
tentunya dengan perkenan Dr Mahathir sendiri.
Ghaffar bersara dan mengambil
keputusan untuk bercuti dan amat sedih melihat Ghaffar keluar negara dengan
menjinjing beg plastik mengandungi buku-buku untuk dibaca dalam penerbangan jauh
entah kemana itu.
Maka terjunlah seorang lagi
Timbalan kepada Dr Mahathir maka Mahathir memilih pula Timbalan yang baru.
Namanya ialah orang yang paling ‘famous’ pada hari ini bernama Anwar Ibrahim.
Anwar ini ‘famous’ sungguh. ‘Famous’ dalam segala-galanya.
Abdullah yang selepas Anwar tidak
sempat diterjunkan kerana waktu untuk Dr Mahathir bersara sampai tatkala
Abdullah dan Mahathir belum sempat bergaduh. Mereka bergaduh hanya setelah
Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Abdullah lebih bernasib baik dari
tiga Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau.
(Bersambung)
(Bersambung)
The awakening': Dr Mahathir tidak benarkan sesiapa berfikir (Tamat)
Berbeza dengan Abdullah, Anwar
tidak disukai Mahathir setelah menjadi Timbalannya kerana pengaruh Anwar yang
bertambah besar dalam UMNO. Anwar begitu kuat pengaruhnya kerana kemahiran
beliau bermain politik dan bukannya kerana beliau pemimpin yang ber ‘consequence’
dalam pembangunan negara.
Anwar menampakkan ‘obsessions’ beliau untuk menjadi Perdana Menteri secepat yang mungkin dan dalam proses menaiki tangga kuasa dalam parti banyak juga pemimpin yang menjadi korban beliau. Anwar tidak belajar dari pengalaman Musa, Timbalan Perdana Menteri pertama dibawah Dr Mahathir.
Anwar menampakkan ‘obsessions’ beliau untuk menjadi Perdana Menteri secepat yang mungkin dan dalam proses menaiki tangga kuasa dalam parti banyak juga pemimpin yang menjadi korban beliau. Anwar tidak belajar dari pengalaman Musa, Timbalan Perdana Menteri pertama dibawah Dr Mahathir.
Anwar telah mengorbankan Ghaffar
Baba dengan kuasa kewangan yang ada ditangan beliau. Kehadiran Anwar banyak
menyumbang kepada perpecahan dan tidak puas hati dalam UMNO kerana beliau
dipersepsikan sebagai seorang yang mahu melangkahi ramai pemimpin yang ‘senior’
dalam UMNO, termasuk diawalnya Musa Hitam, Haji Suhaimi serta ramai yang lain
seolah-olah beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang turun dari langit
ketujuh.
Semasa dalam kuasa, Anwar terlalu
jelas meletakkan orang-orangnya di semua tempat dan kedudukan penting dalam
kerajaan dan parti dan segala tindakan beliau itu jelas mencetuskan perasaan
tidak puas hati terhadap beliau. Malahan tindakan membina 'kronism' yang di
lemparkan kepada Dr Mahathir sebenarnya berlaku berluas-luasa di dalam kem
Anwar. Di pusat-pusat pengajian tinggi, di dalam sektor korporat dan
berbagai-bagai agensi kerajaan dipenuhi oleh ‘orang-orang’ Anwar malahan
sampaikan ‘journalist-journalist’ pun
meninggalkan ‘profession’ mereka dan menjadi ahli korporat.
Hampir semua Menteri Besar adalah
penyokong Anwar dan tidak hairan ia menjadikan Dr Mahathir begitu gelisah
dengan tindakan Anwar yang agak ‘over’ dalam politik Melayu dan dianggap oleh
banyak pihak diluar sebagai terlalu jauh keluar dari budaya politik yang sedia
ada selama ini. Anwar terlalu jelas ‘overly ambitious’ dan tidak dapat disorokkan
dan di samping itu mengampu secara tidak ‘natural’ terhadap Dr Mahathir.
Mahathir telah mula hilang keyakinan terhadap Anwar apabila pada pemilihan 1996
sudah ada suara meminta Anwar melawan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO.
Ramai dikalangan ‘foot soldiers’
Dr Mahathir bercakap dimana-mana yang Anwar tidak akan menjadi PM kerana lagak
yang ditunjukkan itu amat merbahaya bagi politik negara. Maka bermulalah usaha
untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kenakalan Anwar sebagai isu untuk
menjatuhkannya.
Maka berlakulah apa yang telah
kita semua lihat telah terjadi. Abdullah Badawi yang selama ini bermain-main
dalam diam untuk mempengaruhi usaha untuk menjatuhkan Anwar mendapat tempat
sebagai pengganti timbalan kepada Dr Mahathir yang keempat kalinya. Dalam pada
itu Dr Mahathir sudah nampak desakan untuk meletakkan jawatan dan berundur maka
Abdullah lah yang bernasib baik yang akhirnya menjadi Perdana Menteri
manggantikan Dr Mahathir.
Kebetulan Abdullah pandai
mengambil hati Dr Mahathir dan hanya mengangguk sahaja dengan apa yang diarahkan
dan perlakuan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada halangan maka Abdullah menjadi
penggantinya. Beliau mempunyai imej sebagai orang baik tetapi tidak ada pula
yang menganggap Abdullah sebagai pemimpin yang baik. Sesungguhnya orang baik
sahaja tidak boleh memimpin diperingkat tertinggi kerana yang boleh memimpin
peringkat tertinggi hanya pemimpin yang baik, bukannya orang yang baik.
Mahathir boleh bekerjasama dengan
beliau kerana Abdullah ini hanya mengangguk semata-mata untuk mempastikan
beliau tidak menerima nasib seperti tiga orang Timbalan Perdana Menteri
sebelumnya. Abdullah tahu melalui pengalaman yang dialami oleh Musa, Ghaffar
dan Anwar yang Mahathir jangan sekali-kali di sanggah pemikiran dan kemahuan
beliau.
Dalam UMNO dari zaman itu, hanya
Dr Mahathir sahaja yang layak dan sepatutnya berfikir. Yang lain hanya ditugas
mengangguk dan bertepuk tangan sahaja dalam Perhimpunan Agung. Abdullah tahu
bagaimana hendak kendalikan Dr Mahathir semasa menjadi Timbalan Perdana
Menteri.
Abdullah hanya menunggu masa
untuk mengambil alih dan membuat apa yang sepatutnya beliau lakukan sebagai
Perdana Menteri. Abdulah berfikir, beliau tidak perlu membayar walaupun sepuluh
sen untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri itu. Yang perlu beliau lakukan
hanyalah mengiyakan sahaja apa kemahuan Dr Mahathir sahaja. Abdullah tahu
Mahathir walaupun nampak berjiwa besar tetapi pada hakikatnya beliau mempunyai
jiwa yang kenit sahaja.
Mahathir perlukan orang
dikelilingnya hanya penghiburnya sahaja. Beliau tidak boleh disanggah walau
sedikit pun. Itu sebabnya Dr Mahathir bergaduh dengan semua pihak. Beliau
bergaduh dengan kesatuan sekerja, beliau berperang mulut dengan Bar Council,
beliau bergaduh dengan Hakim-Hakim dan kemuncaknya beliau bergaduh dengan
Raja-Raja Melayu. Diperingkat antarabangsa beliau bergaduh dengan Australia, dengan Amerika Syarikat, dengan Britain dan
dengan semua negara yang lain. Yang kita belum mendengar Dr Mahathir bergaduh
ialah dengan anak isterinya dan semua Doktor.
Masalah beliau dengan Abdullah
bermula semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Mahathir merasakan yang
Abdullah tidak mengenang budi. Bagi Mahathir semua orang mesti mengenang
budinya.
Hanya beliau sahaja yang berkelayakan untuk tidak mengenang budi rakan-rakannya yang menaikkan beliau dalam politik. Abdullah tidak mengindahkan apa keputusan yang dibuat semasa kabinet Dr Mahathir dan diantaranya ialah membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.
Hanya beliau sahaja yang berkelayakan untuk tidak mengenang budi rakan-rakannya yang menaikkan beliau dalam politik. Abdullah tidak mengindahkan apa keputusan yang dibuat semasa kabinet Dr Mahathir dan diantaranya ialah membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.
Kalau hendak tahu kenapa Dr
Mahathir bergaduh dengan Abdullah, elok kita baca sendiri apa yang dikatakan
oleh Abdullah dalam wawancara ‘editor’ The awakening itu. Apa yang diperkatakan
oleh Abdullah tertulis dalam buku tersebut. Tidak payah blog ini melanjutkan
kata-kata Abdullah itu.
Tetapi sebagai penutup, saya
hanya hendak menyebut satu perkara. Mahathir jangan disanggah. Kalau disanggah
terima sahajalah nasib anda pada masa yang akan datang. Penyakit itu juga
merebak dalam parti-pati pembangkang.
Dalam DAP misalnya jangan
sekali-kali menyanggah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta seorang dua kroni
mereka dalam parti itu. Kalau hendak menyanggah juga terimalah nasib anda
dimasa depan.
No comments:
Post a Comment