Friday, August 16, 2013

MEMAHAMI SEPAK TERAJANG POLITIK MAHATHIR SEJAK AWAL


PERANAN SIAPA YANG MENYEBABKAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERPAKSA MELETAKKAN JAWATAN? 

 



Umum mengetahui Dr Mahathir tidak mendapat tempat utama untuk menyertai kabinet TAR. Beliau tidak terpilih pun untuk menjadi calon PRU 1 tahun 1959. Pada ketika itu Dr M telah letak jawatan kerajaan, membuka klinik dekat dengan Pekan Rabu "MAHA KLINIK" .

 Ini bermkna langkah pertama menjadi ahli politik sepenuh masa. Beliau sebok menyertai forum, kongres , membentang kertas kerja dan ambil bahagian yang cergas dalam isu-isu semasa.Mahathir menjadi jaguh UMNO di pentas media.

Menjelang PRU ke 2 1964  beliau dicalonkan menjadi ahli parlimen Kota Setar Selatan. Pada ketika itu nama Mahathir sering timbul dalam perdebatan di parlimen. Nama Dr M dan Abu Bakar Hamzah mewakili PAS sering disebut bila parlimen bersidang. Kerajaan melantik beliau menjadi menjadi ahli senet Universiti Malaya dan pengerusi satu agensi kecil FIMA ( Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia).

Komen-komen beliau amat menyengat dan tepat. Contohnya beliau menyatakan bahwa Tunku Abdul Rahman hanya melantik orang-orang yang  menyenanginya sahaja untuk duduk menganggotai kabinet. Orang-orang yang pandai memuji dan menggambarkan serba serbinya elok di hadapan Tunku.

Mereka terdiri daripada orang yang inteleknya biasa sahaja.Bukan daripada kalangan yang terpilih atau "CREAM". Orang yang pandai dan betul-betul  membela rakyat seperti Menteri Pertanian Aziz Ishak tidak akan disokong oleh Tunku.

Hujah-hujah yang dikemukakan beliau tidak dapat dijawap oleh Tunku.Orang muda dan pemimpin yang  waras sudah tentu menerima bahwa inilah  pemimpin yang sangat diperlukan UMNO demi masa depan. Dr Mahathir sebenarnya sedang membina karier dan masa depan politiknya terutama di kalangan golongan muda dan intelektual.

 Masa itu beliau telah berganding bahu dengan Musa Hitam yang sealiran dengannya. Di penghujung tahun 1969 beliau telah mendapat jaringan baru iaitu tokoh muda Anwar Ibrahim. Perkenalan dan kerjasama di antara keduanya  bukanlah  sesuatu yang baru.

Beliau juga baikdengan Datuk Harun Idris dan tokoh-tokoh PAS yang progresif seperti Abu Bakar Hamzah. Namanya terkenal di dada akhbar apabila timbul debat dengan Profesor Ungku Aziz dalam seminar mengenai pendidikan dan punca kemunduran orang Melayu. Dr Mahathir terkedepan sebagai tokoh DAN JAGUHnya.

Rencana bersiri ini akan menghuraikan apa yang Dr M lakukan selepas berkuasa.Siapa Mahathir sebenarnya  dan  daripada contoh  ahli politik jenis apa ?

No comments:

Post a Comment