TUN DR MAHATHIR TIDAKKAH BOLEH JADI PENDAMAI SEPERTI JIMMY CARTER
JIMMY CARTER selepas tempoh kepresidenan diakui sebagai seorang pendamai yang diterima oleh pihak kawan dan lawan di seluruh dunia. Beliau terkenal dengan sikap tidak berpihak dan dialu-alukan oleh semua.
Mengapa ? Kerana peranannya yang adil ,
telus dan terbuka. Disenangi oleh pihak-pihak yang bertelingkah. Jimmy
Cater berjaya mengangkat dirinya menjadi pendamai dan pengadil yang
dihormati di peringkat global.
Itulah sumbangan terbesarnya memberi
imej baik untuk AS yang terkenal ganas sebagai polis dunia. Sisi buruk
diimbangi dengan sisi baik sebagai pendamai dunia yang bergolak yang
juga dicetuskan oleh Amerika. Carter berjaya ,presiden AS yang
disinonimkan dengan misi damai sedunia.
Berjaya menangani masalah di
negara-negara yang bergolak seperti Somalia, Palestin , Nepal dan
Indonesia. Mengapa ? Ia membawa mesej demokrasi iaitu keadilan untuk
semua menerusi pemilihan yang bebas dan piawai.
Sesungguhnya Mamanda Mahathir juga boleh
meningkat ke darjat begitu.Tidak terlalu terkurung di bumi Malaysia
untuk campur tangan secara aktif dan sengit dalam politik kepartian dan
siasah dalaman negara dan parti tertentu secara serius. Sepatutnya
itu telah lama ditinggalkan oleh negarawan terhormat seperti Tun
Mahathir.
Beliau telah pun menggenggam kuasa
selama 5 penggal, selama 22 tahun menjadi orang NO 1. Apa yang diingini
lagi dan rasa tidak puas hati setelah menjadi PM yang paling lama
berkuasa ini.
Apabila Tunku Abdul Rahman campur tangan dalam isu UMNO Baru kerana sayangkan UMNO lama yang jadi mangsa , beliau dituduh nyanyuk dan gila kuasa.Tunku pun masih boleh menerimanya dengan tenang dan akur dengan perubahan yang melampaui zamannya.
Apabila Tunku Abdul Rahman campur tangan dalam isu UMNO Baru kerana sayangkan UMNO lama yang jadi mangsa , beliau dituduh nyanyuk dan gila kuasa.Tunku pun masih boleh menerimanya dengan tenang dan akur dengan perubahan yang melampaui zamannya.
Tergamak kebiadaban yang sebegitu
dijatuhkan kepada bapa kemerdekaan kita yang masih waras dan berfirasat
mendalam tentang apa akan jadi pada masa depan negara. Falsafah politik
Tunku kuasa tidak boleh diguna untuk membuat kekayaan. Lihatlah apa
terjadi kini.
Politik dengan kekayaan jadi seiring .Mana pergi perjuangan asal untuk agama , bangsa dan negara.Ia hanya retorika dan alat semata-mata untuk menunjukkan kononnya perjuangan yang asal masih dipelihara.
Politik dengan kekayaan jadi seiring .Mana pergi perjuangan asal untuk agama , bangsa dan negara.Ia hanya retorika dan alat semata-mata untuk menunjukkan kononnya perjuangan yang asal masih dipelihara.
Dr Mahathir telah memegang jawatan
secara langsung dengan kejap dan mutlak untuk mencorakkan negara
Malaysia semahunya. Ada yang kamil dan cemerlang dan ada yang
sebaliknya. Dalam tempoh tersebut 3 TPM berhenti, letak jawatan dan
dipecat. Rekodnya tidakkah baik 100 peratus atau buruk 100 peratus.
Boleh diterima seimbang dan baik.
Pun begitu Tun Mahathir sangat istimewa
dan terbilang. Mengapa ? Ia dapat menangani masalah dan konflik yang
besar dengan bersendirian meski pun menghadapi serangan daripada banyak
penjuru, dari dalam parti dan luar parti .Lebih dahsyat dari luar
negara. Ia beres buat Dr M ! Beliau keluar daripada masalah dengan
kemenangan gemilang.
Kini Tun Mahathir boleh menilai
implikasi dasar-dasarnya dan kesan jangka panjang polisi penswastaan ke
atas Malaysia berdasarkan muhasabah dirinya dan daripada kaca mata
orang lain termasuk pengkritik beliau seperrti tokoh ekonomi seperti
Prof Jomo dan Prof Ungku Aziz.
Sepatutnya bila orang lain jadi PM
beliau tidak boleh campur tangan apa lagi mengkritik kerana beliau telah
berhenti daripada politik.Beliau harus menghormati dasar-dasar
pengganti beliau. Kelibat dan bayang-bayang pun tidak perlu ditayangkan
untuk mengganggu tugas apa lagi campur tangan secara keterlaluan.
Tun mahathir boleh berperanan menjadi
pendamai.Orang tua yang menasihati bukannya berkonfrontasi secara keras
untuk menolak dan menaikkan orang tertentu. Ia masih boleh menggunakan
platform yang lebih besar seperti OIC dan UN untuk melihat demokrasi
dan keadilan yang standad berlaku di negara-negara umat Islam atau di
negara -negara dunia ketiga.
Ia dalam usia kematangan wajar menjadi
tokoh terbilang mewakili dunia Islam. Tokoh yang memperjuangkan kedilan
dunia Islam yang dinjak-injak oleh Barat dan AS yang kini menjadi kuasa
tunggal “UNIPOLAR”. Beliau adalah tokoh berwibawa yang berupaya
mendobrak kebobrokan AS tentang hak asasi manusia. Tepat beliau menjadi
penasihat ekonomi dunia Islam menerusi berbagai gagasan yang
diperjuangkannya.
Contohnya mewujudkan idea dinar Islam
diseluruh dunia dengan Malaysia menjadi penggeraknya. Mengasaskan
sistem perbankan Islam yang halal berbeza daripada sistem riba barat.
Menubuhkan universiti Islam bertaraf dunia dalam semua bidang
strategik. Menganjurkan forum Islam yang terbuka dengan menggunakan
OIC.Mengajar cendekiawan Islam cara berfikir strategik sepantas beliau
yang mampu menghadapi kebejatan barat.
Beliau tidak perlu berkonfrontasi dengan
Anwar Ibrahim anak didikan beliau. DSAI dibandingkan pemimpin-pemimpin
lain telah pun diktiraf dunia Islam sebagai pemimpin yang punyai
wibawa dan karima. Rasanya rakyat Malaysia sudah matang untuk memilih
pemimpin dan parti terbaik setelah 56 tahun merdeka dan 13 kali
menghadapi PRU.
Demokrasi ialah pilihan terbuka tanpa
perlu ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa jangan memilih parti
pembangkang kelak akan berlaku huru-hara. Rakyat Malaysia sudah dewasa
dan sepatutnya dibiarkan untuk memilih yang terbaik setelah membanding
beza berdasarkan rekod baik buruk yang berlaku di sepanjang sejarah
pemerintahan.
Rakyat mengubah parti bukan kerana
buruk tetapi kerana telah lama berkuasa. Kuasa mutlak mendorong
penyalahgunaan kuasa secara rakus dan leluasa. Itu yang ditakuti berlaku
dan telah menjadi realiti di bumi Malaysia dalam tempoh pemerintahan
dengan berbagai skandal dan penyelewengan yang keterlaluan.
Dr Mahathir berehatlah dan jadi orang
tua yang baik yang dihormati bukannya dibenci. Namun jasanya yang
cemerlang yang mengubah landskap negara amat terpuji. Sesungguhnya
beliau manusia istimewa yang pelik untuk dianalisis kerana sarat dengan
keanihan “kontradiksi” .
Adakah beliau ini, negarawan, reformis atau atau apa? Politikus sejati sepanjang masa. Darah dagingnya adalah politik kepartian secara totok tanpa melepasi garis sempadan tersebut !
Adakah beliau ini, negarawan, reformis atau atau apa? Politikus sejati sepanjang masa. Darah dagingnya adalah politik kepartian secara totok tanpa melepasi garis sempadan tersebut !