SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI MENERMA PADAH. DIA AKAN DIHUKUM OLEH SEJARAH DAN MENJADI SEJARAH
ORANG YANG TIDAK TAHU SEJARAH TIDAK AKAN FAHAM MASA KINI. APA LAGI MASA DEPAN. SEMUA KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI KERANA KITA LUPAKAN SEJARAH DAN BERSIKAP TIDAK APA KERANA MELAYU MUDAH LUPA - KATA BISTARI
Di kalangan para pemimpin UMNO beliau adalah orang yang paling banyak menulis dan mengeluarkan buku.Beliau menulis sejak zaman pelajar lagi. Antara karya Dr M yang dapat dikesan ialah buku kecil PANDUAN PENIAGA KECIL keluaran DBP pada tahun 1970an.
Apa yang istimewa tentang buku kecil ini ? Beliau menulis tentang para penjaja di kalangan kaum India yang berniaga kacang putih. Perniagaannya nampak kecil. Bila dikaji potensinya besar. Mereka membuat keuntungan, mencecah hampir 400 peratus.
Para peniaga Melayu pula berniaga bertahun-tahun tetapi enggan membeli premis perniagaan.Mereka berpada dengan warung pisang sesikat tanpa mahu melabur untuk mendapatkan ruang perniagaan yang lebih selesa dan terjamin. Akhirnya tidak ada aset yang menjadi bukti kejayaan perniagaan. Berniaga maju tetapi tidak ada hartatanah/ premis
Dua perbandingan tersebut cukup untuk dijadikan model dan modal berfikir. Adakah selamanya mesti berpada dengan apa yang ada. Adakah selamanya orang Melayu mesti bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan. TERUTAMA DI KALANGAN ELIT ATASAN.
Tongkat hikmat yang menjanjikan habuan yang berterusan. Menurut beliau orang yang bertongkat ialah orang yang lemah.Mereka tidak boleh berdiri sendiri. Kebergantungan yang terlampau adalah satu penyakit yang melemahkan. Sebagaimana yang berlaku di kalangan para korprat yang keparat yang mewujudkan dasar kronisme.Kerajaan boleh runtuh dengannya.
Orang China mendirikan Dewan Perniagaan untuk membantu sesama sendiri. Dapat kontrek diagihkan di kalangan mereka.Buat sendiri projek tanpa goyang kaki makan komisyen sahaja. Adakah semangat sedemikian di kalangan orang-orang kita ? Pada prinsipnya jika kita tidak membantu sesama sendiri.Jadi bagaimana masyarakat kita hendak maju ke depan.
Menurut beliau kerajaan telah membantu sepenuh daya untuk memulihkan kedudukan Melayu supaya dapat bersaing dengan orang lain.Malangnya sikap keberrgantungan yang keterlaluan kepada kerajaan sukar dihilangkan. Sudahlah dibantu apabila berjaya masih perlukan bantuan lagi dan menutup peluang orang lain untuk mendapat pertolongan.
Mengenai ini PAK ZAABA sejak tahun 1930an telah mengeluarkan buku mengkritik sikap kebergantungan Melayu yang berlebihan kepada orang lain menerusi bukunya PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI".
Menurut Zaaba kedaifan umat Melayu amat ketara. Sehingga hendak membaca doa sendiri pun tidak mampu. Mesti panggil haji dan lebai. Segala urusan diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya.
Menerusi buku tersebut beliau mendedahkan, Melayu sangat miskin dari segi ilmu, harta, usaha, kerjasama dan segala faktor yang menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan seperti bangsa-bangsa lain yang berjaya di dunia. Bagaimana pun sangat kaya dengan dengki khianat, fitnah dan usaha menjatuhkan sesama sebangsa yang hendak maju ke depan. Adakah paradigma dan keadaan ini telah berubah selepas 50 tahun MERDEKA?
Buku-buku Dr Mahathir yang lain :
MENGHADAPI CABARAN
MALAY DILEMA ATAU DILEMA MELAYU

No comments:
Post a Comment