Wednesday, April 4, 2012

DAILOG DR MAHATHIR DENGAN PROF UNGKU AZIZ


PADA PERTENGAHAN TAHUN 1960an BERLAKU PERTEMBUNGAN HUJAH DAN PENDAPAT SEHINGGA MENJADI PERDEBATAN DI ANTARA DR MAHATHIR DENGAN PROF UNGKU AZIZ . IA TERJADI DALAM SATU KONGRES MEMBINCANGKAN PUNCA KEMUDURAN ORANG MELAYU DAN JALAN PENYELESAIANNYA.
PADA KETIKA ITU ORANG MELAYU SANGAT RAJIN BERKONGRES. ADA SAJA KONGRES YANG DIJALANKAN SEPANJANG ERA 1960an. TUJUANNNYA UNTUK DIJADIKAN RESOLUSI DAN DASAR SUPAYA DILAKSANAKN OLEH KERAJAAN.PADA MASA ITU KEDUDUKAN EKONOMI,SOSIAL DAN PENDIDIKAN MELAYU SANGAT LEMAH.TIDAK SEBAGAIMANA KINI SELEPAS DEB DILAKSANAKAN.
KERAJAAN MASA ITU BERSIFAT TERBUKA.SEDIA MENERIMA KRITIKAN DAN MENGAMBIL PANDANGAN BERNAS DARIPADA PARA BIJAK PANDAI WALAU PUN PEMBANGKANG. CONTOHNYA ALLAH YARHAM ZULKIFLI MUHAMMAD BANYAK MEMBERIKAN SARANAN YANG BERNAS KEPADA PIHAK KERAJAAN. BEGITU JUGA DENGAN RAMAI TOKOH YANG LAIN TERMASUK DR MAHATHIR.
DALAM KONGRES ITU PROF UNGKU AZIZ MENYATAKAN PUNCA KEMUNDURAN MELAYU KERANA FAKTOR KEMISKINAN.MEREKA TERPERUK DAN TERPERANGKAP DALAM PUTARAN EKONOMI DESA YANG LAPOK. OLEH ITU PERSEKITARAN HARUS DIUBAH.CARANYA DENGAN MENUBUHKAN BANYAK AGENSI UNTUK MEMBANTU MENAIKKAN TARAF EKONOMI RAKYAT.
RATA-RATA PESERTA BERSETUJU DENGAN HUJAH TERSEBUT . DR MAHATHIR MENGEMUKAKAN PERSPEKTIF YANG LAIN SEHINGA MENJADI SATU POLIMIK D I ANTARA BELIAU DAN UNGKU AZIZ.PANDANGAN BELIAU MENARIK UNTUK DIKAJI DAN RASANYA TEPAT DENGAN SITUASI YANG DIHADAPI OLEH BANGSA MELAYU SEJAK ZAMAN BERZAMAN.
PADA BELIAU PUNCA UTAMA BUKAN KERANA KEMISKINAN ATAU PUN FAKTOR PERSEKITARAN. PUNCA UTAMA YANG MELMAHKAN ORANG MELAYU IALAH FAKTOR BAKA.BAKA MELAYU KINI IALAH BAKA YANG LEMAH YANG TIDAK MAMPU BERSAING DENGAN BANGSA LAIN DALAM MEREBUT KEKAYAAN EKONOMI BUMI NEGARANYA YANG MELIMPAH RUAH.
MENGAPA BAKA INI LEMAH ? IA MENJADI LEMAH KERANA ALAM MEMANJAKAN UMAT MELAYU DENGAN PERSEKITARAN YANG TIDAK MENCABAR LANGSUNG. PADI YANG DITUAI MUSIM YANG LALU MASIH BANYAK DIKEPUK.BUAT APA BERUSAHA LEBIH. HENDAK IKAN PERGI KE BENDANG DAN SUNGAI.HENDAK SAYUR AMBIL DI BELAKANG RUMAH.SEGALANYATERSEDIA TANPA USAHA.
ANAK-ANAK DIMANJAKAN BERLEBIHAN.TIDAK PAYAH BEKERJA DAN BOLEH BERGANTUNG KEPADA IBU BAPA YANG BERSEDIA MEMANJAKAN MEREKA DENGAN HARTA PENINGGALAN KELUARGA. KAHWIN DI KALANGAN KELUARGA TERDEKAT TAMBAH MELEMAHKAN BAKA MELAYU YANG SEDIA LEMAH. DISOKONG DENGAN FAKTOR PERSEKITARAN YANG SANGAT TIDAK MENCABAR.
SEDANGKAN ORANG CHINA DAN INDIA TERPAKSA MEREDAH LAUTAN DAN MENGHADAPI GELOMBANG UNTUK SAMPAI KE TANAH MELAYU. MEREKA PERCAYA BUMI MALAYA SUBUR, MAKMUR DAN BERTUAH. MEREKA SANGGUP DATANG WALAU PUN TERPAKSA MENEMPUH GELOMBANG. MEREKA DATANG TANPA SEBARANG MODAL. MODAL MEREKA IALAH SEMANGAT,KEAZAMAN DIRI DAN TOLONG MENOLONG SESAMA BANGSA. AKHIRNYA BERJAYA.BAKA MEREKA JAUH LEBIH KUAT DARIPADA KITA.
HUJAH BELIAU MERUPAKAN SATU KEBENARAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL.WALAU PUN DIBANTU MACAM MANA SEKALI PUN JIKA SUKA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN AKHIRNYA AKAN MENJADI LEBIH LEMAH LAGI. SEGALA FIKIRANNYA DITUMPAHKAN DALAM BUKU MALAY DILEMA YANG MENGGEMPARKAN PADA HUJUNG TAHUN 1960AN. BERMAKNA BELIAU MENDEPANI ZAMAN.
KAJIAN TENTANG BAKA MELAYU INI ADALAH SATU DIMENSI BARU YANG TIDAK PERNAH DISENTUH OLEH PARA SARJANA KITA . IA WAJAR DIKAJI UNTUK MENDAPATKAN KETURUNAN YANG KUAT DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG SEDANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SINGAPURA KINI.
TERBUKTI KERUNTUHAN BANYAK EMPAYAR BESAR BERPUNCA DARIPADA PERKAHWINAN DI KALANGAN KELUARGA UNTUK MENGEKALKAN KUASA. ANAK-ANAK YANG LAHIR KEMUDIAN TIDAK BEGITU KUAT SEPERTI PARA PENGASASNYA YANG TERAWAL.
SEBAGAI CONTOH POKOK YANG BERADA DI BAWAH NAUNGAN TIDAK AKAN MENINGGI. HANYA POKOK YANG TERDEDAH KEPADA CAHAYA TERIK MENTARI AKAN NAIK TINGGI SUPAYA TIDAK DINAUNGI OLEH POKOK YANG LAIN. MELAYU TERPAKSA TERIMA HAKIKAT MEREKA MESTI BERSAING DAN BERJUANG UNTUK HIDUP. SURVIVAL OF THE FITTEST DAN MEMBANTU SESAMA BANGSA.BUKANNYA PENTING DIRI DAN KRONI SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUKNYA MASING-MASING.
JADI APA TANGGUNG JAWAP KERAJAAN.TANGGUNG JAWAPNYA IALAH MENYEDIAKAN PELUANG PENDIDIKAN YANG TERBAIK , PELUANG PEKERJAAN YANG CUKUP DAN URUS TADBIR NEGARA YANG TELUS TANPA RASUAH SEBAGAIMANA SLOGAN DR M “BERSIH CEKAP DAN AMANAH”.

No comments:

Post a Comment