Tuesday, April 17, 2012

ISU PTPTN MESEJ DR M APA YANG TERSIRAT

Isnin, 16 April 2012

Mahathir pulak dah minta duit PTPTN dari mahasiswa yang berdemo?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk 'Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia', anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini

Wednesday, April 4, 2012

DAILOG DR MAHATHIR DENGAN PROF UNGKU AZIZ


PADA PERTENGAHAN TAHUN 1960an BERLAKU PERTEMBUNGAN HUJAH DAN PENDAPAT SEHINGGA MENJADI PERDEBATAN DI ANTARA DR MAHATHIR DENGAN PROF UNGKU AZIZ . IA TERJADI DALAM SATU KONGRES MEMBINCANGKAN PUNCA KEMUDURAN ORANG MELAYU DAN JALAN PENYELESAIANNYA.
PADA KETIKA ITU ORANG MELAYU SANGAT RAJIN BERKONGRES. ADA SAJA KONGRES YANG DIJALANKAN SEPANJANG ERA 1960an. TUJUANNNYA UNTUK DIJADIKAN RESOLUSI DAN DASAR SUPAYA DILAKSANAKN OLEH KERAJAAN.PADA MASA ITU KEDUDUKAN EKONOMI,SOSIAL DAN PENDIDIKAN MELAYU SANGAT LEMAH.TIDAK SEBAGAIMANA KINI SELEPAS DEB DILAKSANAKAN.
KERAJAAN MASA ITU BERSIFAT TERBUKA.SEDIA MENERIMA KRITIKAN DAN MENGAMBIL PANDANGAN BERNAS DARIPADA PARA BIJAK PANDAI WALAU PUN PEMBANGKANG. CONTOHNYA ALLAH YARHAM ZULKIFLI MUHAMMAD BANYAK MEMBERIKAN SARANAN YANG BERNAS KEPADA PIHAK KERAJAAN. BEGITU JUGA DENGAN RAMAI TOKOH YANG LAIN TERMASUK DR MAHATHIR.
DALAM KONGRES ITU PROF UNGKU AZIZ MENYATAKAN PUNCA KEMUNDURAN MELAYU KERANA FAKTOR KEMISKINAN.MEREKA TERPERUK DAN TERPERANGKAP DALAM PUTARAN EKONOMI DESA YANG LAPOK. OLEH ITU PERSEKITARAN HARUS DIUBAH.CARANYA DENGAN MENUBUHKAN BANYAK AGENSI UNTUK MEMBANTU MENAIKKAN TARAF EKONOMI RAKYAT.
RATA-RATA PESERTA BERSETUJU DENGAN HUJAH TERSEBUT . DR MAHATHIR MENGEMUKAKAN PERSPEKTIF YANG LAIN SEHINGA MENJADI SATU POLIMIK D I ANTARA BELIAU DAN UNGKU AZIZ.PANDANGAN BELIAU MENARIK UNTUK DIKAJI DAN RASANYA TEPAT DENGAN SITUASI YANG DIHADAPI OLEH BANGSA MELAYU SEJAK ZAMAN BERZAMAN.
PADA BELIAU PUNCA UTAMA BUKAN KERANA KEMISKINAN ATAU PUN FAKTOR PERSEKITARAN. PUNCA UTAMA YANG MELMAHKAN ORANG MELAYU IALAH FAKTOR BAKA.BAKA MELAYU KINI IALAH BAKA YANG LEMAH YANG TIDAK MAMPU BERSAING DENGAN BANGSA LAIN DALAM MEREBUT KEKAYAAN EKONOMI BUMI NEGARANYA YANG MELIMPAH RUAH.
MENGAPA BAKA INI LEMAH ? IA MENJADI LEMAH KERANA ALAM MEMANJAKAN UMAT MELAYU DENGAN PERSEKITARAN YANG TIDAK MENCABAR LANGSUNG. PADI YANG DITUAI MUSIM YANG LALU MASIH BANYAK DIKEPUK.BUAT APA BERUSAHA LEBIH. HENDAK IKAN PERGI KE BENDANG DAN SUNGAI.HENDAK SAYUR AMBIL DI BELAKANG RUMAH.SEGALANYATERSEDIA TANPA USAHA.
ANAK-ANAK DIMANJAKAN BERLEBIHAN.TIDAK PAYAH BEKERJA DAN BOLEH BERGANTUNG KEPADA IBU BAPA YANG BERSEDIA MEMANJAKAN MEREKA DENGAN HARTA PENINGGALAN KELUARGA. KAHWIN DI KALANGAN KELUARGA TERDEKAT TAMBAH MELEMAHKAN BAKA MELAYU YANG SEDIA LEMAH. DISOKONG DENGAN FAKTOR PERSEKITARAN YANG SANGAT TIDAK MENCABAR.
SEDANGKAN ORANG CHINA DAN INDIA TERPAKSA MEREDAH LAUTAN DAN MENGHADAPI GELOMBANG UNTUK SAMPAI KE TANAH MELAYU. MEREKA PERCAYA BUMI MALAYA SUBUR, MAKMUR DAN BERTUAH. MEREKA SANGGUP DATANG WALAU PUN TERPAKSA MENEMPUH GELOMBANG. MEREKA DATANG TANPA SEBARANG MODAL. MODAL MEREKA IALAH SEMANGAT,KEAZAMAN DIRI DAN TOLONG MENOLONG SESAMA BANGSA. AKHIRNYA BERJAYA.BAKA MEREKA JAUH LEBIH KUAT DARIPADA KITA.
HUJAH BELIAU MERUPAKAN SATU KEBENARAN YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL.WALAU PUN DIBANTU MACAM MANA SEKALI PUN JIKA SUKA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN AKHIRNYA AKAN MENJADI LEBIH LEMAH LAGI. SEGALA FIKIRANNYA DITUMPAHKAN DALAM BUKU MALAY DILEMA YANG MENGGEMPARKAN PADA HUJUNG TAHUN 1960AN. BERMAKNA BELIAU MENDEPANI ZAMAN.
KAJIAN TENTANG BAKA MELAYU INI ADALAH SATU DIMENSI BARU YANG TIDAK PERNAH DISENTUH OLEH PARA SARJANA KITA . IA WAJAR DIKAJI UNTUK MENDAPATKAN KETURUNAN YANG KUAT DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG SEDANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SINGAPURA KINI.
TERBUKTI KERUNTUHAN BANYAK EMPAYAR BESAR BERPUNCA DARIPADA PERKAHWINAN DI KALANGAN KELUARGA UNTUK MENGEKALKAN KUASA. ANAK-ANAK YANG LAHIR KEMUDIAN TIDAK BEGITU KUAT SEPERTI PARA PENGASASNYA YANG TERAWAL.
SEBAGAI CONTOH POKOK YANG BERADA DI BAWAH NAUNGAN TIDAK AKAN MENINGGI. HANYA POKOK YANG TERDEDAH KEPADA CAHAYA TERIK MENTARI AKAN NAIK TINGGI SUPAYA TIDAK DINAUNGI OLEH POKOK YANG LAIN. MELAYU TERPAKSA TERIMA HAKIKAT MEREKA MESTI BERSAING DAN BERJUANG UNTUK HIDUP. SURVIVAL OF THE FITTEST DAN MEMBANTU SESAMA BANGSA.BUKANNYA PENTING DIRI DAN KRONI SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUKNYA MASING-MASING.
JADI APA TANGGUNG JAWAP KERAJAAN.TANGGUNG JAWAPNYA IALAH MENYEDIAKAN PELUANG PENDIDIKAN YANG TERBAIK , PELUANG PEKERJAAN YANG CUKUP DAN URUS TADBIR NEGARA YANG TELUS TANPA RASUAH SEBAGAIMANA SLOGAN DR M “BERSIH CEKAP DAN AMANAH”.

KARYA BUKU DR MAHATHIR

DR M- MELAYU HIDAP PENYAKIT MUDAH LUPA

SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI MENERMA PADAH. DIA AKAN DIHUKUM OLEH SEJARAH DAN MENJADI SEJARAH

ORANG YANG TIDAK TAHU SEJARAH TIDAK AKAN FAHAM MASA KINI. APA LAGI MASA DEPAN. SEMUA KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI KERANA KITA LUPAKAN SEJARAH DAN BERSIKAP TIDAK APA KERANA MELAYU MUDAH LUPA - KATA BISTARI



Di kalangan para pemimpin UMNO beliau adalah orang yang paling banyak menulis dan mengeluarkan buku.Beliau menulis sejak zaman pelajar lagi. Antara karya Dr M yang dapat dikesan ialah buku kecil PANDUAN PENIAGA KECIL keluaran DBP pada tahun 1970an.

Apa yang istimewa tentang buku kecil ini ? Beliau menulis tentang para penjaja di kalangan kaum India yang berniaga kacang putih. Perniagaannya nampak kecil. Bila dikaji potensinya besar. Mereka membuat keuntungan, mencecah hampir 400 peratus.

Para peniaga Melayu pula berniaga bertahun-tahun tetapi enggan membeli premis perniagaan.Mereka berpada dengan warung pisang sesikat tanpa mahu melabur untuk mendapatkan ruang perniagaan yang lebih selesa dan terjamin. Akhirnya tidak ada aset yang menjadi bukti kejayaan perniagaan. Berniaga maju tetapi tidak ada hartatanah/ premis

Dua perbandingan tersebut cukup untuk dijadikan model dan modal berfikir. Adakah selamanya mesti berpada dengan apa yang ada. Adakah selamanya orang Melayu mesti bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan. TERUTAMA DI KALANGAN ELIT ATASAN.

Tongkat hikmat yang menjanjikan habuan yang berterusan. Menurut beliau orang yang bertongkat ialah orang yang lemah.Mereka tidak boleh berdiri sendiri. Kebergantungan yang terlampau adalah satu penyakit yang melemahkan. Sebagaimana yang berlaku di kalangan para korprat yang keparat yang mewujudkan dasar kronisme.Kerajaan boleh runtuh dengannya.

Orang China mendirikan Dewan Perniagaan untuk membantu sesama sendiri. Dapat kontrek diagihkan di kalangan mereka.Buat sendiri projek tanpa goyang kaki makan komisyen sahaja. Adakah semangat sedemikian di kalangan orang-orang kita ? Pada prinsipnya jika kita tidak membantu sesama sendiri.Jadi bagaimana masyarakat kita hendak maju ke depan.

Menurut beliau kerajaan telah membantu sepenuh daya untuk memulihkan kedudukan Melayu supaya dapat bersaing dengan orang lain.Malangnya sikap keberrgantungan yang keterlaluan kepada kerajaan sukar dihilangkan. Sudahlah dibantu apabila berjaya masih perlukan bantuan lagi dan menutup peluang orang lain untuk mendapat pertolongan.


Mengenai ini PAK ZAABA sejak tahun 1930an telah mengeluarkan buku mengkritik sikap kebergantungan Melayu yang berlebihan kepada orang lain menerusi bukunya PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI".

Menurut Zaaba kedaifan umat Melayu amat ketara. Sehingga hendak membaca doa sendiri pun tidak mampu. Mesti panggil haji dan lebai. Segala urusan diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya.

Menerusi buku tersebut beliau mendedahkan, Melayu sangat miskin dari segi ilmu, harta, usaha, kerjasama dan segala faktor yang menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan seperti bangsa-bangsa lain yang berjaya di dunia. Bagaimana pun sangat kaya dengan dengki khianat, fitnah dan usaha menjatuhkan sesama sebangsa yang hendak maju ke depan. Adakah paradigma dan keadaan ini telah berubah selepas 50 tahun MERDEKA?

Buku-buku Dr Mahathir yang lain :

MENGHADAPI CABARAN

MALAY DILEMA ATAU DILEMA MELAYU


Tuesday, April 3, 2012

MANTIK POLITIK MAHATHIR

MANTIK POLITIK MAHATHIR
ORANG MELAYU SANGAT MEMENTINGKAN ADAT SEHINGGA TIMBUL PEPATAH BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT.

SOALNYA KALAU ANAK MATI SIAPA YANG AKAN MENERUS DAN MEMPERTAHANKAN ADAT.

INI MENUNJUKKAN BAHAWA ANAK LEBIH PENTING DARIPADA ADAT
- DR MAHATHIR




MANTIK POLITIK MAHATHIR - MEMBACA APA YANG TERSURAT DAN MENYINGKAP APA YANG TERSIRAT

SEBUAH BLOG YANG CUBA MENYELAMI CARA BERFIKIR DR MAHATHIR YANG PENUH DENGAN PERCATURAN. LOGIKANYA TIDAK TERTANDING PERSIS SEORANG PANGLIMA DI MEDAN PERANG. SETIAP SERANGAN DITANGKIS DENGAN PUKULAN MANTIK YANG TAJAM TEPAT MENGENAI, MEMBUNUH SASARAN.

IA BERJAYA MENAMATKAN BANYAK KERJAYA POLITIK TOKOH-TOKOH BESAR SEZAMAN DENGANNYA. TIDAK ADA YANG DAPAT MENANGKIS DAN BERKUTIK LAGI KERANA KESILAPAN MEREKA SENDIRI APABILA BERHADAPAN DENGAN LOGIKANYA.


GERAK POLITIK YANG SUNGGUH UNIK. BELIAU SEORANG YANG TAHAN DIUJI ,TIDAK PERNAH TEWAS, IA DENGAN SEORANG DIRI MAMPU MENGHADAPI DAN MENGAWAL KEADAAN YANG GAWAT KEMBALI NORMAL.

CARA BERFIKIRNYA NAMPAK BIASA TETAPI UNIK DAN TERISTIMEWA.TIADA TOLOK BANDINGNYA SEHINGGA KINI.MUNGKIN ANWAR IBRAHIM YANG BERKARISMA MAMPU MENANDINGI. NAMUN DR MAHATHIR LEBIH BERPENGALAMA DAN DITERIMA OLEH SEMUA.

DAYA FIKIRNYA PADAT BERISI BUKAN HANYA OMONGAN DAN RETORIKA KOSONG SEMATA.BELIAU SENTIASA ADA FORMULA DAN JALAN KELUAR KEPADA SETIAP CABARAN WALAU MACAM MANA RUMIT DAN GETIR SEKALI PUN. JALAN PENYELESAIANNYA TETAP JITU DAN MEMBUKA DIMENSI BARU.


MENERUSI LOGIK DAN MANTIKNYA YANG TEPAT IA MENIMBULKAN KEYAKINAN SEMULA ORANG RAMAI TERHADAPNYA. MAHATHIR SEORANG AHLI POLITIK YANG LIHAI DAN TERSOHOR DI ALAF INI.

SAMA KEDUDUKANNYA SEPERTI MUAWIYAH ABU SUFYAN, AMRU AL AS DAN SIAPA SAHAJA DI KURUN INI. MAHATHIR KURNIAAN ALLAH KEPADA UMAT MELAYU DAN ISLAM DI ASIA TENGGARA.


AYUH MELANGKAH UNTUK MENGKAJI DAN MEMPELAJARI SETIAP UCAPAN DR MAHATHIR BAGAIMANA BELIAU MENYAMPAIKAN BUAH FIKIRAN SEHINGGA TIDAK TERLAWAN OLEH MUSUH-MUSUHNYA. WALAU PUN MEREKA TIDAK BERSETUJU DENGANNYA MEREKA TERPAKSA AKUR DENGAN KEUNGGULANNYA!ITULAH DR MAHATHIR AHLI POLITIK YANG KARAMAH-SEMPURNA!

AYOH KITA MELANGKAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!