Sunday, June 16, 2013

RENCAH DAN SILAT POLITIK MAHATHIR SELAMA 22 TAHUN

Drama politik kisah anak Kerala dari India di Malaysia

Filed under: A. Pendidikan-Agama,C. Politik-Agama — cybertrooperumno @ 9:55 am
Drama politik kisah anak Kerala dari India mendominasi jawatan PM Malaysia walaupun sudah bersara.






Tun M tak suka Tun Musa Hitam jadi TPM atau pengganti beliau sebab Mahathir tak suka orang lebih pandai darinya, dan Mahathir dakwa Musa Hitam lebih lunak pada orang Cina dan sanggup luluskan Universitii Merdeka untuk orang Cina. Lalu Mahathir perangkap Musa Hitam dalam kes pembunuhan Memali, 1985, iaitu tiga tahun selepas Anwar dibawa masuk UMNO oleh Mahathir untuk imbangkan pengaruh Islam yang dibawa oleh PAS. Dalam kes Memali, Musa Hiitam menjadi ketua operasi. Kes berdarah dan syahid ini telah menjadikan nama Musa Hitam kotor kerana angkara Mahathir. Akhirnya Musa Hitam dilucutkan jawatannya.

Tun Ghaffar Baba dilantik jadi TPM 1986 menggantikan Musa Hitam. Tapi Ku Li ada hasrat mahu jadi TPM dan PM juga, dan apabila beliau bertanding jawatan calon Presiden UMNO menentang Mahathir pada tahun itu, Mahathir menjadi marah, dan akhirnya bertembung dua orang ini bersama penyokongnya dalam Persidangan Agung UMNO 1987 yang membawa kepada UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana ada cawangan dan Bahagian UMNO yang membuat mesyuarat tidak ikut Perlembagaan dan perwakilan UMNO Bahagian yang dipilih adalah tidak sah, maka pemilihan Mahathir dan jawatankuasa lain dalam Persidangan tidak sah, dan UMNO menjadi pertubuhan haram 1987, dan kemudian didaftarkan semula tahun 1998 dengan nama UMNO Baru.
419643_556896880995985_1215712037_n

Ku Li tersingkir. Pak Lah dikenali sebagai penyokong Ku Li dlm Team B UMNO. Ku Li kemudiannya bersama Team B yang turut disokong oleh Rais Yatim menubuhkan S46 dan menumbangkan BN di Kelantan pada tahun 1990. Mahathir terkilan. Ghaffar Baba bukan lawan PAS dan S46. Mahathir rancang supaya Anwar lebih cepat naik dan langkah bendul ramai pimpinan lama UMNO. Ramai yang marah Anwar naik cepat sebab Anwar adalah “blue eye boy” Mahathir.

Anwar digunakan oleh Mahathir sebagai perisai utk melawan Team B dalam UMNO. Apabila Mahathir rasa Anwar sudah matang dan kemudian menang jawatan Tim Presiden UMNO dan Ghaffar Baba kalah dalam pertanding jawatan Tim Pres. UMNO, maka sekaligus Mahathir lantik Anwar jadi TPM. Ini bermakna Ghaffar Baba tidak dibuang atau dipecat oleh Mahathir. Malang bagi Anwar, 1998, Mahathir pecat satu lagi TPM iaitu Anwar, dan lantik semula Ghaffar Baba sebagai TPM sebab Mahathir tidak percaya pada Pak Lah dan Mahathir tidak nampak Najib bersedia untuk jadi TPM ketika itu. Akibat pemecatan Anwar, satu lagi negeri BN tumbang iaitu Terengganu dalam PRU tahun 2000.

Mahathir sudah mengesan kelemahannya dan akhirnya terpaksa serahkan jawatan Presiden UMNO dan PM kpd penggantinya, dan dengan paksa rela diberikan kpd Pak Lah walaupun dia tidak suka Pak Lah dan dia lebih suka Najib jadi PM tetapi Najib belum pernah jadi TPM. Perjanjian dibuat bersama Pak Lah untuk ambil Najib jadi TPM. Pak Lah bersetuju dan Pak Lah menjadi PM 2003, dan berjaya menawan semula Terengganu dari PAS dalam PRU tahun 2004.

Semasa Pak Lah jadi PM dan Presiden UMNO, Mahathir geram dgn Pak Lah sebab Pak Lah bebaskan Anwar dari penjara. Mahathir juga marah sebab anaknya Mukhriz tidak dapat jawatan penting dalam UMNO dan kabinet, sebaliknya Khairi Jamaludin naik ke atas pentas UMNO dengan cepat. Lalu Mahathir keluar UMNO. Akibat pergaduhan dalam UMNO antara kem Pak Lah dan kem Mahathir, maka PRU tahun 2009. 4 lagi negeri BN tumbang.

Lalu Pak Lah lepaskan jawatan PM dan berikan pada Najib. Najib belum pernah menang dalam PRU atas kapasitinya sebagai PM. PRU 13 menjadi saksi samada Najib ada kekuatannya sendiri. Mahathir tidak suka Najib dan mahu Muhyiddnin sebagai PM. Mahathir mahu Najib lepaskan jawatan PM, Najib berdegil tak mahu. Lalu Mahathir gunakan Deepak dan Musa Hassan untuk main isu kapal selam dan pembunuhan altantuya. Najib balas tindakan Mahathir dengan membocorkan rahsia projek IC biru percuma untuk PATI oleh Mahathir. Mahathir tergamam, dan cuba berbuat baik dengan Najib……sama-sama kita saksikan drama politik anak Kerala ini seterusnya…

2 Comments »

  1. kalau rakyat peru (yg lebih miskin, less educated) blh fight utk memenjarakan fujimori(japanese immigrant to peru), apasalahnya rakyat malaysia memenjarakan kutty(kerala immigrant to malayland) slps pru13..
    Comment by bumbleby — February 21, 2013 @ 5:49 am | Reply
  2. SENARAI PANJANG 22 TAHUN DR MAHATHIR MOHAMAD MEMERINTAH
    Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.
    Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.
    Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.
    Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :
    1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
    • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
    • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
    3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
    • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
    • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
    • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
    • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
    • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
    • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
    • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
    • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
    • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
    • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
    • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
    • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
    • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
    • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
    • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
    • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
    • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
    • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
    4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
    • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
    • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
    • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
    5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
    • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
    • Mengganggu penyiasatan BPR
    • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
    • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
    6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
    • Keruntuhan makmal computer;
    • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
    • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
    • Keretakan PULAREK; dan
    • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
    7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
    • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
    • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
    • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
    . Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
    • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
    • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
    • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
    • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
    • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
    8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
    • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
    • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
    • Kerugian RM15b Bank Negara;
    • Kerugian RM40 juta AIM;
    • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
    • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
    9. Menghina dan menyekat Islam
    • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
    • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
    • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
    • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
    • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
    • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
    10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
    • Menutup dua MRSM di Terengganu;
    • Menutup sekolah agama rakyat; dan
    • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
    Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
    • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
    • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
    • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
    • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
    • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
    Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

MANTIK POLITIK MAHATHIR - MENYALAHKAN TUNKU ATAS PEMBERIAN IC KEPADA PENDATANG ASING SABAH