Dasar penswastaan di zaman Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad tidak membela orang Melayu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim.
Malah katanya, hanya beberapa peratus sahaja kekayaan dan saham di
dalam pelbagai projek penswastaan yang sampai ke tangan golongan Melayu.
“Beliau (Mahathir) dulu laksanakan Dasar Ekonomi Baru, tapi yang dapat
bukan orang Melayu,” kata Abdul Khalid ketika mengulas kenyataan Dr
Mahathir beberapa hari lalu.
Dr Mahathir berkata Selangor perlu diselamatkan daripada Pakatan Rakyat
(PR) bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera
terus kekal di Selangor dan kedudukan Islam kekal sebagai agama rasmi
negara.
Mahathir sebelum ini berkata PR yang sudah pun menguasai ekonomi di
Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di
negeri itu.
Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Khalid berkata penggunaan masjid dan
surau lebih rancak di bawah pentadbiran PR berbanding Umno-BN.
“Contohnya program malam Qiamullail, sekurang-kurangnya lima ribu rakyat
hadir dalam satu masjid. Ini tidak berlaku zaman Mahathir.
“Begitu juga apabila terdapat perayaan di masjid, yang mana beribu-ribu orang akan hadir.
“Jadi dari segi umat Islam dan penggunaan rumah ibadat Islam sangat
diterima rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan
Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di Hotel Blue Wave, di
sini.
“Saya ingat beliau (Mahathir) tidak mengikuti perkembangan yang berlaku.
Saya harap sangat beliau berhenti dalam usaha ini sebab beliau sudah
melampaui masa kita perlukan beliau.
#Menguntungkan kroni dan kaum kerabat...
Anda mungkin juga meminati: