Mahatma Ghandi telah memberi takrifan demokrasi. Kuasa rakyat mesti diimbangi dengan kuasa pihak atasan. Demorasi yang sebenar menjurus ke arah kuasa rakyat.Bahawa demokrasi bukan ditentukan oleh segelintir pihak atasan yang berkuasa tetapi mesti bergerak daripada bawah ke ataske atas.Bukan dari atas ke bawah.
Jika ini berlaku ia adalah PANUTAN dan ikut-ikutan bukan demokrasi rakyat yang celik. Emosi rakyat dipermainkan kononnya merekalah yang berkuasa memilih pemimpin tetapi sebenarnya tidak. Mereka dipaksa memilih pemimpin yang ditentukan dan menolak para pemimpin tandingan yang mungkin menjadi pencabar pihak yang berkuasa.

Dalam hal ini Ghandi menyatakan tidak ada sebuah pun negara yang menunjukkan keihsanan kepada golongan yang lemah. Amalan yang terjadi ialah ramai pemimpin yang pandai mengeksploit isu dan mengambil kesempatan .Kononnnya mereka adalah pejuang rakyat.
Demokrasi barat pada hari ini bersandarkan kepada kesewenangan untuk berbuat mengikut kehendak segelintir mereka yang sebenarnya berkuasa .Mungkin ternampak sedikit keadilan sesama rakyat di negara mereka tetapi ternyata menindas rakyat di negara lain.
Demokrasi sebenar tidak berfungsi di bawah kekuasaan 20 orang yang menguasai majlis tertinggi di pusat kuasa.Demokrasi sebenar bekerja dari bawah yang diwakili dan digerakkan oleh penduduk setiap kampung yang terlibat dalam pembinaan negara bangsa.