“What is my legacy? I was the most feared prime
minister,” Former Malaysia’s Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad,
musing on his legacy during a gala dinner celebrating his 86th birthday.”
“It is brave not to
“It is brave not to surrender even one inch. But it takes real bravery to compromise.”
surrender even one inch. But it takes real bravery to compromise.”
—
Tun Dr Mahathir Mohamad - Fourth Prime Minister of Malaysia.
“Jews rule the world by proxy.”
—
Mahathir Mohamad
Tuesday, January 22, 2013
Mantik politik Mahathir negatif dari segi apa ?
Ada apa lagi ?
Aku dalam bahaya ? Eksploit rakyat bangkitkan ketakuatan dan keadaan tidak selamat jika tukar kerajaan
Sudahlah semasa Tunku masih hidup Dr Mahathir mencela Tunku bertalu-talu. Kononnya pro China, tidak punyai wawasan membangunkan bangsa Melayu, bersikap tidak apa dan memilih menteri kabinet daripada kalangan yang biasa sahaja,Maksudnya bukan daripada kalangan orang yang bijak.
DR MAHATHIR MEMBEBEL LAGI !
Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pembangun UMN0 amat kesal dengan tindak tanduk Dr Mahathir yang menubhkan UMNO Baru .Perlembagaannya menolak semangat demokratik UMNO asal. Peraturan di dalamnya menjamin pemimpin terus berkuasa tanpa dicabar. Kuasa mutlak di tangan Dr Mahathir untuk menerima atau menolak keahlian seseorang.pasti menolak orang yang tidak disenanginya.
Tunku melihat perubahan tersebut.Beliau cuba untuk mengatasinya dengan menubuhkan UMNO Malaysia.Malangnya ditolak oleh Dr Mahathir yang menjadi Menetri Dalam negeri pada ketika itu. Tunku kecewa dengan perubahan tersebut.UMNO asal yang pro rakyat hilang dan menjelma UMNO baru yang pro kroni dan korprat.Perubahan yang bawa banyak masalah kepada negara dan orang Melayu. Perjuangan hanya slogan dan propaganda.Matlamat pegang jawatan dalam UMNO hanya untuk tujuan ekonomi dan kesenangan peribadi.
Ramai yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad tiba-tiba membuat tuduhan melulu mengatakan "Bapa Kemerdekaan Negara", Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj(foto) telah terlibat memberikan taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka. Kenyataan yang dibuat oleh Mahathir itu adalah bertujuan untuk menutup isu penglibatan beliau sebagai "mastermind" projek IC di Sabah yang sedang disiasat oeh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)
sebenarnya.
Mahathir menjadi serba salah apabila saksi-saksi utama
siasatan kes tersebut mendakwa orang kanan beliau seperti Aziz Shamsuddin dan Megat Junid terlibat secara langsung dengan skandal ini. Mahathir bimbang rakyat akan melihat beliau sebagai "pengkhianat negara" maka itulah dia gusar andainya Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13
tidak lama lagi. Oleh itu beliau rela lakukan apa saja bagi memastikan
UMNO BN akan terus berkuasa. Oleh kerana kenyataan Mahathir terhadap
Tunku ini dibuat ketika Tunku sudah tiada lagi di dunia ini, maka
biarlah video di bawah ini menjawab segala persoalan yang diperkatakan
oleh Mahathir.
Biar rakyat yang menilai kenyataan "Bapa Kemerdekaan Negara" ini. Ingatlah, "lampu ajaib"
kini berada di tangan rakyat jelata, gunakan akal untuk memilih
kerajaan yang lebih bertanggungjawab bagi kehidupan yang lebih aman dan
selesa di masa akan datang. Mahathir boleh cakap apa saja pasal Tunku Abd Rahman sebab beliau sudah tiada di atas muka bumi ini. Namun, sedarkah rakyat banyak benda yang dilakukan oleh Mahathir untuk merosakkan UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.
[Mahathir tidak wajar menuduh orang lain untuk mengelakkan dirinya daripada
kesalahan besar yang telah dia lakukan. Paling panas apabila yang
dituduh itu adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan disanjung
sendiri oleh kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Mahathir perlu
menjelaskan dengan jujur hasrat beliau membawa masuk warga asing dan
diberika IC ke Sabah adalah bertujuan untuk merampas "Negeri Di Bawah
Bayu" itu dari tangan pembangkang (PBS ketika itu).
Kini beliau
berkerjasama pula dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk
menggandakan projek IC bagi membolehkan UMNO BN terus kekal berkuasa di
negara ini. Ternyata pemimpin negara telah khianat dan sanggup gadaikan
maruah negara hanya untuk kuasa. Rupa-rupanya sudah lama rakyat ditipu
hidup-hidup oleh mereka.
Jika tidak kerana warga asing yang dapat
kerakyatan serta boleh mengundi maka kemungkinan besar UMNO BN sudah
lama tumbang. Inilah kejahatan yang sukar dimaafkan oleh rakyat. Oleh
itu, marilah lakukan perubahan pada PRU-13 ini, walau seramai mana pun
pengundi warga asing yang akan mengundi BN nanti rakyat harus bersabar.
Apa yang penting suara rakyat untuk perubahan itu lebih tinggi jumlahnya
dari segala penipuan yang bakal dilakukan oleh mereka. Ubah sebeluh
lebih parah, selamatkan Malaysia !!]